Wednesday, March 16, 2016

PERKASA Dakwa Kekal “Neutral”. Rasa Nak Muntah Pun Ada!

EDITOR MENULIS...
16 MAC 2016
12325928_1041964069212017_148608944_o
Dalam Utusan Malaysia baru-baru ini, Ibrahim Ali menegaskan bahawa PERKASA tidak memihak kepada mana-mana pihak, dan kehadirannya sebagai tanda ukhuwah dengan semua pihak samada UMNO atau pembangkang, merujuk kepada program Deklarasi Rakyat.

Ibrahim menyifatkan, salah faham ini telah menyebabkan kejadian memotong kad keahlian oleh ahli-ahli akar umbi seperti yang berlaku di Pengkalan Chepa dan Kapar.

Tindak-tanduk pimpinan PERKASA beserta “orang-orang kuat”nya yang sangat gemar menghadiri program-program anti kerajaan dan anti Perdana Menteri bukanlah satu rahsia. Sebelum ini pun, kita tahu dan faham, merekalah yang galak ke hulu dan hilir untuk bersama dengan mantan Perdana Menteri dari siri jelajahnya untuk menumbangkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Najib Razak.

Kemuncaknya ialah sewaktu majlis deklarasi rakyat, di mana kehadiran orang-orang kuat PERKASA tidak lagi boleh disembunyikan. Apa yang Ibrahim Ali perlu tahu, penglibatan PERKASA dalam program-program anti kerajaan sudah lama tidak digemari oleh ahli-ahli akar umbi. Apatah lagi, seperti sudah menjadi kebiasaan, ahli-ahli juga turut dijemput bersama untuk meramaikan majlis.

Apa maksudnya, meramaikan majlis? Bukankah ianya satu bentuk sokongan?

Ibrahim Ali mungkin tidak tahu, bagaimana ahli-ahli PERKASA dan juga YDP-YDP PERKASA negeri berbangga-bangga dengan sambutan yang diterima (jika ramai), sambil berkongsi foto-foto dan sedikit maklumat tentang program-program bersifat “anti-establishment” yang mereka sertai.

Untuk apa perkongsian ini? Bukankah ianya juga bertujuan untuk mempengaruhi? Mempengaruhi orang lain, tetapi tidak menyokong?

Kehormatan yang semakin sirna adalah hasil dari tingkah laku PERKASA sendiri. Bagaimana untuk meraih penghormatan, jika ada orang-orang kuat PERKASA sendiri sering menggunapakai poster, atau grafik berbentuk fitnah yang diambil dari pembangkang untuk mempengaruhi akar umbi? Persis pembangkang.

Mungkin sahaja selama ini mereka mendabik dada, kononnya pejuang sehingga memilih untuk berbuat sesuka hati tanpa sedar akar umbi memerhati gelagat mereka. Apabila sabar itu tidak terbendung lagi, maka lihatlah tindakbalas ikhlas dari akar umbi PERKASA.

Kita tahu Ibrahim Ali cukup pandai untuk tidak menandatangani deklarasi tersebut hasil pengalaman berpindah randahnya dalam politik, namun bukankah Zahid Mat Arip adalah salah seorang Ahli Dewan Tertinggi PERKASA? Bijak berpolitik, Ibrahim Ali seolah-olah sedang mencari-carti beberapa “landing area”, supaya mudah untuk mendarat setelah lompat kelak.

Setelah 10 hari pasca deklarasi rakyat, Ibrahim Ali mula terasa bahang dan cuba mengurangkan impak negatif yang diterima PERKASA gara-gara mereka sendiri. Mengapa setelah 10 hari? Mungkin sahaja deklarasi tersebut gagal mencipta momentum yang boleh dijadikan pemangkin untuk lompat lebih jauh!

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment