Monday, March 21, 2016
NGO Buat Laporan Polis Mengenai Pembelian Rumah Guan Eng
KUALA LUMPUR : Badan bukan kerajaan (NGO) SEMUT (Sensible, Ethical,
Malaysian United Team) Malaysia hari ini membuat laporan polis mendesak
siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pengerusinya, Zaparudin Abdul Rahim berkata pihaknya mendapati isu ini
hampir sama dengan kontroversi membabitkan bekas Menteri Besar Selangor,
Dr Mohamad Khir Toyo.
Katanya lagi, laporan itu dibuat ekoran bimbang pembelian rumah yang
dikatakan bernilai RM6.5 juta berkait dengan penjualan tanah untuk rumah
kos rendah seperti yang diberitahu Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk
Shabudin Yahaya dalam sidang Dewan Rakyat semalam.
“Berdasarkan semakan rambang, dan disebut ramai orang, nilai semasa
banglo berkenaan sekitar RM6.5 juta. Kemudian ia di beli Lim Guan Eng
dengan hanya RM2.8 juta. Berapa juta beza tu?” katanya kepada pemberita
selepas membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, hari ini.
Pada 23 Dis 2011, Khir disabit kesalahan kerana menggunakan kedudukannya
sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS) untuk memperoleh dua bidang tanah dan sebuah rumah di bawah
harga pasaran pada 2007.
Semalam Shabudin mendakwa rumah yang dibeli Guan Eng pada RM2.8 juta di
Jalan Pinhorn, George Town adalah di bawah harga pasaran.
Beliau khuatir pembelian itu berkait dengan penjualan tanah seluar 1.1
ekar di Taman Manggis pada harga RM11 juta, yang dimaksudkan untuk
pembinaan rumah kos rendah.
“Alasan yang diberi, banglo tersebut adalah rumah biasa dan tiada
‘swimming pool’. Kelakar kan? Adakah kos bina kolam renang cecah hingga
jutaan ringgit?” soalnya.
Menurut kronologi yang dibentangkan Shabudin di Dewan Rakyat, banglo itu
disewa Guan Eng sebagai kediamannya sejak menang pilihan raya umum
ke-12, setelah enggan mendiami rumah yang disediakan kerajaan negeri
atas alasan anai-anai.
Kemudiannya, Guan Eng membeli rumah itu daripada pemilik, Phang Li Koon,
pada 21 Okt 2015 dengan harga RM2.8 juta – 12 peratus lebih tinggi
daripada harga belian oleh Li Koon pada 2008.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment