Monday, March 21, 2016
Padan Muka RAFIZI.... CEO PMB Lapor Polis Terhadap Rafizi, Nowz
KUALA LUMPUR : Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara Berhad
(PMB), Nazim Rahman membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pandan,
Rafizi Ramli dan Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan
(Now) yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas dan berunsur fitnah.
Menurutnya, laporan ini dibuat berikutan nama beliau yang digunakan berhubung transaksi hartanah Mara di Australia tahun lalu.
“Mereka sering menggunakan taktik 'memetik nama' yang anggap ada nilai
berita tanpa mempedulikan kebenaran dan keadilan kepada pihak yang
difitnah...yang penting bagi adalah kelangsungan politik peribadi.
“Apabila dia (Rafizi) mengitar semula tuduhan dan terbaru membangkitkan
tuduhan yang sama dalam ucapan di parlimen, saya terpaksa mengambil
tindakan ini bagi melindungi reputasi saya,” katanya selepas membuat
laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, kira-kira jam 4.30
petang, hari ini.
Beliau berkata, ini dilihat seperti Rafizi tidak berpuas hati dan terpaksa mengulangi fitnahnya.
Katanya, beliau sebagai anggota kerja Pelaburan Mara Berhad (PMB), tidak
pernah terlibat dalam apa-apa keputusan yang dibuat di syarikat Mara
Inc Sdn Bhd.
Tambahnya, PMB dan Mara Inc adalah syarikat yang berbeza yang mempunyai
struktur tadbir urus dan pengurusan serta lembaga pengarah yang
tersendiri. Selain itu, Mara Inc juga bukan anak syarikat PMB yang
membolehkannya mempengaruhi apa-apa keputusan di syarikat.
“Jadi, kenyataan Rafizi yang terus mengaitkan saya dan cuba memberi
gambaran bahawa saya mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat
berkenaan serta berada dalam konflik berkepentingan dalam kedudukan saya
sebagai anggota kerja Mara adalah fitnah semata-mata,” katanya.
Nazim berkata, diharap supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat
mengambil tindakan susulan kenyataan yang jelas berunsur fitnah dan
telah menjatuhkan maruah dan reputasinya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment