Monday, March 21, 2016

Pakatan Pembangkang Tidak Ubah Seperti ‘Keluarga 69’, Tunggang-langgang

KUALA LUMPUR : Tidak keterlaluan jika boleh dikatakan pembangkang ini hanya ‘pandai’ menampilkan teori sahaja atau dalam erti kata lain suka ‘try and error’ di dalam mewujudkan pakatan antara mereka dan terbukti tidak pernah berjaya bertahan lama, ujar Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Mimie Harianie Alias.
http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2013/12/mimie.jpg
Tambah malang lagi menurutnya, rakyat dijadikan testimoni mereka dan ketidakmampuan mereka di dalam berpakat akhirnya yang menjadi mangsa adalah penyokong-penyokong mereka sendiri yang pasti akan bertelagah di atas keegoan pemimpin mereka.

“Adakah ini yang mereka namakan politik matang? Apabila sering berpakat dan berpisah berulang kali semata-mata keegoan tegakkan agenda peribadi masing-masing.
Keluarga 69 
“Lihat sahajalah tindakan mereka sejak dari dahulu mahu meniru formula kesepakatan dan persefahaman yang wujud antara parti-parti di dalam Barisan Nasional (BN), tetapi hasilnya sering kali gagal bertahan.

“Dahulu, parti-parti pembangkang bergerak secara sendirian dan kemudian berubah berpakat bermula dengan Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif hinggalah sekarang dengan Pakatan Harapan apabila berkuburnya Pakatan Rakyat,” katanya kepada media.

Jelas pakatan mereka hanyalah untuk memenangi pilihan raya sahaja bukan untuk memberi khidmat kepada rakyat, tengok sahaja contoh selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13 parti Pas yang menjadi ‘kuda tunggangan’ ditendang tidak turut serta di dalam Pakatan Harapan, tambahnya lagi.

“Dan bukan sesuatu yang mustahil selepas PRU ke-14 nanti, adakah Amanah yang didokongi bekas pemimpin Pas pula menjadi mangsa akan menerima nasib yang sama ‘habis madu sepah dibuang’ apabila ‘teori’ pakatan mereka tidak boleh digunapakai.

“Sebab itu boleh dikatakan pakatan pembangkang ini tidak ubah seperti ‘keluarga 69’, sebagai satu pakatan yang tunggang-langgang, saling guna-mempergunakan untuk agenda peribadi parti masing-masing sahaja dan kerana itulah sehingga kini mereka tidak pernah mendaftar sebagai satu ikatan yang sah.

“Sebelum ini dah banyak kali kita dihidangkan, contoh paling mudah, perebutan kerusi pilihan raya walaupun kononnya berpakat tetap berlaku persaingan sama sendiri, malahan lebih teruk lagi jawatan di peringkat kampung, surau, masjid dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan pun mereka berebut,” tegasnya yang memegang portfolio Biro Media Sosial dan Digital, Puteri UMNO Malaysia.

Mimie turut menimbulkan persoalan jika kini Pas dengan blok baharunya bersama Ikatan, adakah Ikatan akan berdiam diri semasa pilihan raya nanti? Jawapannya sudah pasti perebutan antara mereka juga akan berlaku.

“Begitu juga dengan apa yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, Dap yang telah putuskan kerjasama dengan Pas, tetapi PKR tetap mahukan Pas.

“Bukankah sesuatu yang pelik dan pasti terdapat kecelaruan pentadbiran kerajaan negeri apabila terdapat dua pihak yang tidak boleh bekerjasama tetapi terpaksa ‘berlakon’ di hadapan rakyat duduk semeja semata-mata kerana agenda sendiri,” katanya.

Walaupun begitu, Mimie percaya UMNO dan BN tidak akan berada di dalam keadaan selesa dengan wujudnya dua blok pembangkang itu kerana fokus parti tetap untuk menjaga kepentingan rakyat dan kemakmuran negara sejak dahulu lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment