Wednesday, March 16, 2016

Parlimen : Dakwaan Harga Rumah Mampu Milik Di Pulau Pinang Ditentukan Kerajaan Pusat Satu Pembohongan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkak3gS7LkZF6Va14SH3ha7bbb_LklQW_i2kbpRpRmmd5jHE6fY4kv6sxMMGJg7HmRgqIyTAUaV95UljZ8WF5hqD5uatnAt208vYm5r5WKDaN7ozmShb4nzFB-vHbvE0mCMtnf6w27kmb-/s320/21192585120.jpg
Dakwaan bahawa Rumah Mampu Milik (RMM) yang dijual di Pulau Pinang dengan harga RM400,000 ditentukan kerajaan Persekutuan adalah satu pembohongan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata harga maksimum rumah di Pulau Pinang ditentukan oleh kerajaan negeri dan bukan Kerajaan Persekutuan.
http://media.therakyatpost.com/wp-content/uploads/sites/4/2015/08/rahman-dahlan-600x360.jpg
“Pada kesempatan ini saya ingin membetulkan dakwaan YB Bagan (Lim Guan Eng) dan kenyataan YB Batu Kawan (P. Kasthuriraani) semalam, yang menegaskan takrifan harga RMM sebanyak RM400,000 ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan adalah pembohongan.

“Ini adalah keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri. Saya tidak mahu rakyat menuduh Kerajaan Pusat sedangkan keputusan meletakkan harga rumah RM400,000 datangnya daripada kerajaan negeri,”kata Abdul Rahman.

Menurut Abdul Rahman, dalam mesyuarat lepas, Majlis Perumahan Negara (MPN) belum membuat keputusan berhubung harga RMM yang akan diharmonikan.

“Pulau Pinang kata nak buat RM400,000 namun kita tidak pernah setuju. Kita kata pergi balik dan bincang dengan semua negeri dan kita bawa ke mesyuarat MPN akan datang,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment