
Wednesday, March 16, 2016
Deklarasi Rakyat Yang Tidak Langsung Merakyatkan

Pakatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan pihak
pembangkang yang mengisytiharkan Deklarasi Rakyat yang antara lain cuba
mencadangkan penggulingan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,
Reformasi 2 dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.
Terdapat percanggahan pendirian dalam kalangan yang telah
menandatangani deklarasi itu. Ada yang mahu supaya agenda menjatuhkan
Najib sahaja. Ada yang mengatakan deklarasi itu sia-sia dan ada yang
mahukan ketiga-tiga agenda itu diperjuangkan sekali gus.
Khalayak berpendapat Deklarasi Rakyat itu tidak perlu kerana proses
demokrasi di Malaysia membenarkan pilihan raya berlaku setiap lima tahun
sekali. Kalau hendak menjatuhkan Najib, Pilihan Raya Umum Ke-14
(PRU-14) bakal menjelang dan penyertaan rakyat sesuatu yang tidak dapat
dielakkan. Kalau caranya Arab-Spring ia bukan amalan di Malaysia.
Kalau zaman Dr. Mahathir memerintah cara Arab-Spring ini tidak akan
disetujui oleh beliau.
Mengapa sekarang ada kecenderungan? Manusia mudah
lupa. Pada zamannya tidak boleh, pada zaman orang lain boleh pula.
Hendak mengadakan Reformasi 2. Apa yang hendak direformasikan? Pulau
Pinang di bawah pemerintahan DAP umpamanya rakyat terutama orang Melayu
semakin terpinggir.
Tanah-tanah mereka diambil dan bakal dibina bangunan
pencakar langit untuk kelompok tertentu dan tidak mampu dimiliki oleh
rakyat. Rumah mampu milik pun harganya $400,000. Warung-warung
perniagaan orang Melayu dirobohkan tanpa ihsan. Merakyatkan apa namanya
ini?
Terowong mega dibina dengan modal berbilion ringgit. Apakah pandangan
rakyat diminta dan adakah ia perlu setelah ada dua jambatan di Pulau
Pinang? Laut ditambak tanpa persetujuan nelayan untuk projek mega.
Merakyatkankah namanya kalau nelayan hilang mata pencarian? Inikah cara
DAP dan Pakatan Rakyat melakukan reformasi.
Reformasi 2 bakal dilancarkan pada 27 Mac ini. Kalau sifatnya
demonstrasi jalanan apakah ini jalan politik yang dipilih Dr. Mahathir
sedangkan pada zaman pemerintahannya, beliau amat menentang? Demonstrasi
Bersih 4, beliau terlibat sama. Apakah ini direstui semua rakyat?
Tidakkah ini boleh menimbulkan konflik sesama rakyat?
Di Selangor umpamanya reformasi membina bangunan bisnes dan kediaman
mega umpamanya berlaku di mana-mana di seluruh Selangor. Berapa harga
setiap unit rumah dan unit bisnes yang dijual. Apakah binaan rumah dan
unit bisnes itu jenis mampu milik oleh rakyat? Di mana rumah mampu milik
untuk rakyat Selangor?
Seperti juga Pulau Pinang binaan mega di Selangor yang harganya bakal
meminggirkan orang Melayu dan kesan demografik (taburan penduduk) akan
menjadi tidak seimbang dan ia bakal mempengaruhi pola politik masa
depan.
Yang kelihatan di kawasan Gombak (kawasan Datuk Mohamed Seri Azmin
Ali) jalan raya jadi kotor kerana sampah tidak dikutip dan longkang
berbau busuk. Inikah reformasi yang sedang terjadi?
Reformasi 2 dicanang lagi untuk apa? Tidak lebih untuk membebaskan
Anwar dari penjara. Kononnya Anwar adalah mangsa jenayah politik. Ini
menghina mahkamah dan hakim-hakim yang mengambil masa bertahun-tahun
untuk menyelesaikan kes liwat itu.
Kerajaan yang dipimpin oleh Najib melakukan transformasi untuk
rakyat. Kunjungan Najib di Sarawak umpamanya berlaku atas maksud itu. Di
negara ini dibina Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Kedai Buku
1Malaysia, UTC, rumah mampu milik, berbagai jenis subsidi untuk nelayan
dan petani. Apakah semua itu tidak untuk rakyat? Orang yang berfikir
rasional boleh memahami ini kecuali pihak pembangkang yang nampak salah
orang lain tidak salah diri sendiri.
Oleh itu, Deklarasi Rakyat atas nama menjatuhkan Najib dan kerajaan
tidak akan mendapat dukungan rakyat. Pertama, asas objektif deklarasi
ini berbeza-beza. DAP hanya mengambil kesempatan dari strategi Dr.
Mahathir untuk menjatuhkan Najib dan mengharapkan jatuhnya kerajaan.
PKR mengharapkan Deklarasi Rakyat dapat membebaskan Anwar dari
penjara kerana asas penubuhan PKR adalah untuk menjadikan Anwar Perdana
Menteri. Masing-masing ada maksud tersendiri bukan bermaksud menjadikan
Malaysia lebih aman, maju dan bersatu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment