Wednesday, March 16, 2016

PERKASA : Baru Tercuit Sikit, Ketua Penerangan Dipecat !!!

EDITOR MENULIS...
16 MAC 2016
perkasa rafi
Saya baru difahamkan bahawa Pengerusi PERKASA Wangsa Maju, Rafi Awang Kechik telah pun dipecat, sekaligus tidak lagi memegang portfolio Ketua Penerangan PERKASA Wilayah Persekutuan.

Semuanya gara-gara kenyataan beliau semalam, seperti yang disiarkan di portal SuaraTV apabila membidas pertubuhan itu sebagai tidak lagi bernilai apabila menghalang ahli-ahlinya dari menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Lucu juga melihat karenah PERKASA apabila berhadapan dengan kemelut seperti ini. Tidaklah memeranjatkan jika amalan kuku besi menjadi pilihan, kerana kita tahu siapa idola mereka. Tambahan pula, Setiausaha Agung PERKASA adalah Timbalan Pengerusi Kelab Che Det. Apa nak dikata!

Mengikut pengalaman saya bersantai dan bersembang dengan ahli-ahli PERKASA, perkataan-perkataan seperti “jangan jadi pak turut” “jangan jadi pengecut” atau “jangan jadi kaki bodek” sering sahaja bermain dibibir mereka. Semangat kental untuk kekal berprinsip ternyata ada di kalangan mereka.

Akan tetapi, apabila Ketua Penerangan PERKASA Wilayah Persekutuan tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Agong PERKASA, lantas membuat kenyataan bersikap “bukan pak turut”, mengapa pula PERKASA terkesan dengan doktrin yang mereka terapkan di kalangan ahli-ahlinya?

Apakah “jangan jadi pak turut”, atau “jangan jadi kaki bodek” hanya boleh ditujukan kepada pimpinan UMNO, dan tidak boleh digunapakai terhadap kepimpinan PERKASA?

ika ya, bukankah ini bermakna, ahli-ahli PERKASA perlu menjadi pak turut dan kaki bodek pimpinan PERKASA dan bukannya perjuangan PERKASA? Jadi, sejauh mana jatidiri PERKASA yang diterapkan melalui siri ceramah dari program-program tertutup sebelum ini difahami oleh ahli PERKASA sendiri?

Menafikan hak untuk bersuara tentang menyokong mana-mana pihak dianggap salah, maka pilihan yang ada untuk kekal menyokong Ibrahim Ali. Tiada hak untuk menegur, maka jadilah ahli-ahli PERKASA sebagai pak turut, satu panggilan nama yang sebelum ini mereka sangat tidak gemari.

Saya tiada masalah dengan apa pun pendirian ahli-ahli PERKASA, cuma khuatir mereka terpinga-pinga jika ditinggalkan kelak oleh Presidennya. Almaklum, “he did it his way”, dan melompat itu juga salah satu caranya.

Saya sangat tercuit dengan caranya.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment