Wednesday, March 09, 2016

Pemuda UMNO Berdiri Teguh Di Belakang Najib – Nazir Akhtar

Nazir-Hussin-Akthar-Hussin
PEMUDA UMNO BERDIRI TEGUH DI BELAKANG NAJIB

Pergerakan Pemuda UMNO kesal dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol bersama pemimpin-pemimpin pembangkang serta NGO anti-kerajaan mengemukakan deklarasi menolak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pergerakan Pemuda UMNO sedih kerana Tun Dr Mahathir sendiri mengamalkan prinsip matlamat menghalalkan cara semata-mata mahu melihat Datuk Seri Najib Tun Razak digulingkan daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Selama 22 tahun beliau berjasa membangunkan negara namun akhirnya Tun Dr Mahathir sebagai bekas Presiden UMNO telah memilih untuk bersama pembangkang semata-mata untuk merealisasikan agendanya itu dan memberikan tauladan yang buruk di hujung karier politiknya.

Lebih menyedihkan, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut bersama Tun Dr Mahathir dalam agenda untuk memusnahkan Datuk Seri Najib Tun razak dan juga UMNO sendiri.

Oleh yang demikian, memang tepat keputusan Ahli Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO dan sebelum itu digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Malah Pergerakan Pemuda UMNO juga melihat tindakan Muhyiddin dan Mukhriz ini seolah-olah mencabar UMNO untuk memecat mereka daripada parti, sekaligus membuka perwatakan mereka yang sebenarnya bahawa merekalah sebenarnya dalang yang cuba menghancurkan UMNO.

Kami Pergerakan Pemuda UMNO akan berdiri teguh di belakang Datuk Seri Najib Tun Razak dan merapatkan saf mempertahankan perti keramat ini agar tidak diganggu-gugat anasir asing, sekaligus memastikan tiada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO.

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment