Monday, March 21, 2016
PKR Biadap Gesa KPN Jangan Masuk Campur Urusan Politik
Kenyataan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin yang menggesa
supaya Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak masuk campur
dalam urusan politik adalah satu kenyataan yang biadap.
Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar,
kenyataan sebegitu sepatutnya tidak boleh dikeluarkan oleh seorang
pemimpin bagi menjaga kredibiliti pemimpin yang lain.
“Itu memang kenyataan biadap suruh KPN tutup mulut pula dalam isu ini
kerana Tan Sri Khalid sebagai pemimpin mesti tahu dan tidak
sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan seperti turunkan papan tanda
bebaskan Anwar.
“Shamsul memang tidak menghormati undang-undang dan terlalu percaya
sangat dengan ‘human right’ di peringkat nasional,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Shamsul yang menyarankan
Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan sibuk dengan urusan politik kerana
ia adalah pertarungan di antara UMNO BN dan PKR.
Sebaliknya jelas Shamsul lagi, Ketua Polis Negara itu perlu
menyelesaikan banyak isu jenayah yang berlaku kini daripada menggesa
papan tanda ‘bebaskan Anwar’ diturunkan.
Mengulas lanjut, Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang turut
mempersoal adakah kandungan dalam papan tanda tersebut mendapat
kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.
“Itu antara perkara yang mereka kena jawab, sebab ada di beberapa tempat
yang sebelum ini mempunyai papan tanda daulat tuanku, kemudian
diturunkan untuk meletakkan papan tanda bebaskan Anwar.
“Itu memang benda yang tak betul,” tambahnya lagi.
Difahamkan, ia berlaku di Sungai Besar dan perkara tersebut telah didedahkan Ketua Bahagiannya sendiri, Datuk Jamal Md Yunos.
Katanya, papan tanda tersebut juga secara jelas merupakan salah satu
hasutan kepada rakyat secara halus supaya rakyat terus memikirkan yang
Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan tahanan politik berikutan
kekejaman yang kerajaan lakukan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment