Monday, March 21, 2016
Zahid Ramal Undi Popular BN Sarawak Meningkat Di PRN Ke-11
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangka undi
popular Barisan Nasional (BN) Sarawak meningkat pada Pilihan Raya
Negeri (PRN) ke-11, seiring dengan populariti Ketua Menteri Tan Sri
Adenan Satem.
Zahid berkata, berdasarkan kajian oleh Universiti Malaysia Sarawak
(Unimas) yang lalu populariti Adenan Satem mencapai tahap hampir 84
peratus pada Januari 2016 berbanding 74 peratus pada Jun 2015.
"Saya amat yakin dengan rekod cemerlang kerajaan Barisan Nasional (BN),
jumlah undi akan meningkat," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat
di Rumah Intai Menuang di Limbang,Ahad.
Zahid berkata, walaupun undi popular BN pada PRN menunjukkan penurunan
dari 71.2 peratus pada PRN 2001 kepada 62.9 peratus pada 2006 dan
seterusnya menurun kepada 55.4 peratus pada PRN 2011 namun trend undi
popular pada PRN ke-11 dijangka meningkat.
"Saya menjangkakan undi popular BN akan meningkat 55 hingga 60 peratus pada PRN ke-11," katanya.
Beliau meminta rakyat Sarawak untuk tidak percaya kepada hasutan orang
luar terutama yang mahu rakyat membenci Ketua Menteri serta kerajaan
negeri BN.
Beliau berkata, rakyat Sarawak lebih memahami isu-isu dominan dalam
negeri antaranya isu penurunan kuasa dan tanah adat daripada mempercayai
hasutan pihak luar yang tidak memahami isu setempat.
Beliau memberi jaminan akan memberi perhatian serius terhadap isu-isu
yang diutarakan oleh Ketua Menteri serta wakil rakyat BN Sarawak.
Mengenai masalah penduduk tiada dokumen pengenalan diri, beliau memberi
jaminan akan cuba menyelesaikan masalah dengan membawa khidmat Unit
Pendaftaran Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara ke Limbang.
Turut hadir di majlis tersebut Menteri Kemudahan Awam Negeri Datuk Amar
Awang Tengah Ali Hasan; Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah; dan ADUN
Batu Danau, Paulus Palu Gumbang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment