Wednesday, March 16, 2016
Rafizi Sahkan Mahathir Ikut Skrip Pembangkang Untuk Jatuhkan UMNO
Kerjasama antara pemimpin pembangkang dan Tun Dr Mahathir Mohamad
untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan
membolehkan Pakatan Harapan mendapat lebih banyak undi kaum Melayu, kata
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Beliau berkata Deklarasi Rakyat yang menggabungkan seteru politik
akan memberi manfaat kepada pembangkang kerana Dr Mahathir boleh
“membuka mata” golongan atas pagar daripada kalangan pengundi Melayu.
“Deklarasi itu adalah sesuatu yang kita katakan sejak bertahun-tahun,
ia merupakan skrip kita, beliau (Mahathir) membaca skrip kita, jadi
kita berpeluang menembusi 2-5% pengundi Melayu atas pagar,” kata Rafizi
dalam satu forum bertajuk “Pembangkang + Pasukan Mahathir – Berbaloikah
untuk Rakyat?” di Kuala Lumpur malam tadi.
Ahli Parlimen Pandan itu menjelaskan kerjasama di antara pembangkang
dan pasukan Dr Mahathir baru-baru ini yang menandatangani Deklarasi
Rakyat dan melancarkan Gerakan Selamatkan Malaysia.
Beliau turut menjelaskan ketika Deklarasi Rakyat yang lalu, Tun
Mahathir telah tunduk dengan permintaan Pakatan Harapan Rakyat dan bukan
sebaliknya.
“Ketibaan Dr Mahathir di pentas kita, dengan menggunakan skrip kita,
akhirnya akan membuka jalan kepada kita kepada 2% hingga 5% pengundi
atas pagar atau pengundi Umno yang boleh membawa kemenangan kepada
kita,” kata Rafizi.
Jumlah 2% hingga 5% tambahan pengundi Melayu ini boleh menambah 20 hingga 25 kerusi Parlimen, katanya.
Beliau berkata ini kerana pengundi bukan Melayu akan mengkaji semula
sokongan mereka kepada pembangkang selepas beberapa penggal jika tiada
sebarang perubahan.
“Sokongan penuh daripada pengundi bukan Melayu tidak kekal
selama-lamanya, sebab itu kita perlu memberi tumpuan kepada 2% hingga 5%
undi Melayu,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment