Wednesday, March 16, 2016

PAS-Ikatan VS Pakatan Harapan, Siapa Lebih Kuat?

EDITOR MENULIS...
16 MAC 2016
PAS-Ikatan
Hari ini, dua pucuk pimpinan PAS mengeluarkan kenyataan masing-masing pada satu sidang akhbar mengumumkan pembentukan blok pembangkang ke-3 dalam arena politik negara membabitkan parti mereka dengan Parti Ikatan. Tahniah saya ucapkan.

Presiden PAS dalam kenyataannya mengatakan bahawa PAS bukan punca bangsa Melayu berpecah-belah dan pepecahan bangsa itu sudah lama berlaku. Setiausaha Agung PAS pula mengatakan PAS sebelum ini tidak boleh tunjuk langsung kecenderungan mereka untuk menyokong pembangkang.

Dari penjelasan Dato’ Seri Abdul Hadi dan Dato’ Takiyuddin Hassan itu, saya akui kebenaran berhubung kenyataan tersebut. Memang benar bagai dikata, tapi kenyataan mereka itu tetap berbaur politik dan tidak semestinya tepat.

Abdul Hadi sepatutnya menjelaskan tentang sejarah PAS yang berpecah dari UMNO sejak di zaman merdeka dulu. Beliau patut sebut sejarah berkenaan sebagai pepecahan pertama bangsa Melayu di negara ini sejak berjaya membebaskan diri dari penjajah.

Mungkin kemudian Abdul Hadi perlu jelaskan tentang bagaimana bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad memecah-belahkan lagi bangsa Melayu sehingga lahirkan Semangat 46, PKR dan sebagainya.

Abdul Hadi juga perlu jelaskan tentang kewujudan parti-parti serpihan Melayu yang lain seperti Berjasa dan sebagainya. Barulah penjelasan itu adil dan berasas. Kemudian, barulah rakyat boleh menilai fakta sebenar di sebalik kenyataan ‘PAS tidak pecah belahkan Melayu’ itu.

Takiyuddin pula mendedahkan betapa PAS dikongkong menjadi jumud ketika berada di dalam Pakatan Haram dulu. Secara tidak langsung, beliau membuktikan kebenaran tentang dakwaan yang mengatakan PAS ‘diperkuda’ dan ‘dikeldaikan’ oleh DAP serta PKR dulu.

Setiausaha Agung PAS itu juga sepatutnya boleh menjelaskan bagaimana PAS dilihat ‘mati’ perjuangannya ketika bersama DAP dan PKR. Beliau boleh sentuh tentang perjuangan “Negara Islam’ yang bertukar menjadi ‘Negara Kebajikan’.
Takiyuddin-Hassan_pakatan-new_600
Beliau juga boleh mengulas tentang mengapa ramai pemimpin PAS ketika itu bermati-matian mengatakan bahawa hukum hudud tiada di dalam agenda perjuangan PAS. Beliau patut perjelas mengapa hukum hudud seolah-olah menjadi ‘musuh’ bagi pemimpin PAS di zaman ‘kegelapan’ itu.

Selain itu, sempena pembentukan blok ke-3 pembangkang berkenaan, saya mencadangkan kepada PAS supaya menjelaskan tentang kelebihan Parti Ikatan berbanding Parti Amanah Negara yang ditubuhkan Mat Sabu dan rakan-rakannya. Apa kelebihan Tan Sri Kadir Syeikh Fadzir di mata PAS agaknya? Rambut dan gayanya?

Berhubung pembentukan gabungan PAS-Ikatan itu, saya berpandangan ia adalah suatu tindakan yang baik. Ia bukan satu tamparan kepada UMNO, sebaliknya ia akan mencabar kewibawaan DAP, PKR dan Mat Sabu yang menyingkirkan PAS sebelum ini.

UMNO hakikatnya sudah lama berkongsi kuasa dengan parti-parti komponen yang menghormati konsep perkongsian kuasa. Kesepakatan BN walau pernah dibadai ribut, tetap teguh membentuk pakatan di kalangan majoriti rakyat yang sebenar.

Berbanding pakatan antara DAP, PKR dan PAS sebelum ini, dari awal lagi sudah terbukti ketidak sepakatannya. PAS ketika itu mengatakan mereka sepakat, namun hari ini baru mengaku sebenarnya mereka tidak sepakat sebagaimana yang dikata. Konsep ‘agree to disagree’ pun entah ke mana perginya.

Kini, PAS dan Ikatan perlu membuktikan bahawa mereka lebih berkreadibiliti sebagai pembangkang di persada politik negara berbanding Pakatan Harapan. Bagaimana hendak buktikan, itu terserahlah pada mereka…

Fikir-fikirkan...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment