Wednesday, March 09, 2016

#RespectMyPM: Ramai Ahli Ingin Tinggalkan PERKASA ???

ibrahim ali lim kit siang
Bukanlah sesuatu yang baharu untuk mana-mana organisasi menyatakan sokongan mereka kepada sesiapa pun, baik kepada pembangkang mahu kerajaan. Di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak, kita dapat lihat sendiri betapa rakyat kini mempunyai ruang dan kebebasan untuk menyatakan pendirian, berbanding sebelumnya.

Umumnya kita tahu dan faham, bahawa PERKASA adalah bersifat ultra Melayu, dan secara terbuka menyatakan bahawa DAP adalah ancaman terbesar. Namun, segala tampak berubah, dengan siri penglibatan ahli-ahli mereka di program-program bersifat anti-kerajaan. Bukanlah rahsia, PERKASA sangat taksub kepada mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir.

Kemuncaknya sudah tentu di program Deklarasi Anti Najib, yang menggabungkan sebahagian besar pimpinan pembangkang termasuk DAP. Suka tidak suka, PERKASA harus menelan hakikat bahawa doktrin mereka selama ini ke atas ahlinya dan orang Melayu terhadap DAP persis ibarat meludah ke langit.

Berikutan daripada itu, maka berlakulah konflik dalaman di kalangan ahli PERKASA sendiri. Di Kedah, penulis difahamkan ahli jawatankuasa PERKASA negeri Kedah termasuk Pengerusinya, Datuk Yusuf Yusima telah meletakkan jawatan gara-gara tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk pimpinan mereka bersekongkol dengan DAP. Mungkin pada ketika ini, PERKASA Kedah sudah lumpuh, dan hanya menunggu untuk dihidupkan kembali dengan seorang pengerusi yang boleh tertoleransi dengan DAP.

Mungkin Dato’ Zulkifli Noordin boleh mencuba.

Di Kelantan pula, PERKASA Parlimen Pengkalan Chepa secara rasminya dibubarkan sebagai tanda sokongan mereka kepada Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Kini, seperti sudah ada gelombang dari ahli PERKASA untuk meninggalkan organisasi yang dipimpin oleh Ibrahim Ali ini. Ini berdasarkan pemerhatian penulis di satu program NGO malam tadi.  Di dalam program berkenaan, barisan NGO yang hadir menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan Perdana Menteri Najib Razak dan penulis mendapati ramai di antara mereka yang juga ahli PERKASA.

Tidak cukup dengan itu, kedengaran pula desas-desus bahawa mereka akan meninggalkan PERKASA dalam masa terdekat.

Satu ketika, PERKASA pernah dianggap sebagai alternatif kepada UMNO atas kemelayuannya. Malah, PERKASA juga dilihat lebih UMNO dari UMNO. Tapi itu dulu, dan kini mungkin PERKAKAS adalah singkatan paling tepat untuk mereka.

Lompat si katak lompat,
Lompat tinggi-tinggi,
Tak sangka begitu cepat,
Sampai tunduk dengan DAP

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment