Wednesday, March 23, 2016
Saman PM : Mahathir Sedang Sabotaj Negara Sendiri
EDITOR MENULIS...
23 MAC 2016
Tindakan Tun Mahathir Mohamad mengemukakan saman
ke atas Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak bukanlah kerana kepentingan
awam tetapi atas kepentingan nafsu serakah kumpulannya sahaja.
Mahathir hari ini telah memfailkan saman terhadap Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan
salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.
Saman itu difailkan di
pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Jika kita baca saman yang dikemukakan ia hanyalah penuh andaian dan
tuduhan yang langsung tidak bersandarkan “real facts”. Ia hanya
bersandarkan laporan akhbar, majalah dan internet.
Tapi yang lebih serius untuk melayakkan Mahathir menyaman Perdana
Menteri, beliau mestilah membuktikan dirinya merupakan mangsa atau pihak
yang terbabit dalam pertikaian.
Kewajipan fidusiari ini ialah tanggungjawab seseorang kepada
“client”, syarikat atau organisasi. Dalam konteks wang RM 2.6 bilion
ini, Mahathir di mana? Hubungan Rakyat dan Perdana Menteri tidak pernah
diterima sebagai hubungan antara pelanggan dan pemberi khidmat seperti
mana dalam perniagaan, perundangan dan lain-lain profesyen.
Namun ia terserah kepada Mahkamah menentukan.
Apa yang jelas tindakan Mahathir ini adalah tindakan terdesak untuk
menjatuhkan Mohd Najib. Sejarah kepimpinan Mahathir menunjukkan
ketelusan, keadilan dan menegakkan undang-undang tanpa mengira kedudukan
bukanlah keistimewaan dan pegangan Mahathir.
Ketika kerajaan berusaha keras menstabilkan keadaan ekonomi akibat
kejatuhan harga minyak dan komoditi, Mahathir memilih untuk terus
mewujudkan ketidakstabilan politik bagi mensabotaj usaha pemulihan
ekonomi negara.
Hari ini ringgit telah melepasi paras RM 4 per USD, Mahathir memilih
untuk mengemukakan saman ke atas Mohd Najib. Apa tujuan Mahathir jika
bukan untuk mensabotaj ekonomi negara? Mahathir tahu selagi ekonomi
negara bermasalah selagi itu beliau berpeluang menjatuhkan Mohd Najib.
Sesiapa mengenali Mahathir pasti tahu beliau adalah “Niccolò
Machiavelli” versi Melayu.
Matlamat beliau lebih penting dari
segala-galanya hatta “membenarkan” tragedi seperti Memali berlaku hanya
untuk membuktikan kewujudan ektremisme agama dalam PAS.
Mahathir tidak peduli kesusahan rakyat biasa dan usahawan kecil.
Ketika krisis 1998 pun ribuan usahawan kecil lingkup, Mahathir sibuk
selamatkan syarikat anaknya dan kroni-kroni meganya.
Justeru saman ini tidak ada kena mengenai dengan pendirian
anti-rasuah Mahathir atau pro-rakyat seperti yang beliau cuba tonjolkan.
Fikir-fikirkanlah..
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment