
Wednesday, March 23, 2016
Zeti Enggan Diheret Persengketaan Politik Berterusan

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz enggan diheret dalam kancah persengketaan politik semasa di negara ini.
“Apa yang saya boleh katakan ialah saya tidak mahu diheret dalam
membuat kenyataan politik. Saya tidak akan membenarkan Bank Negara
ditarik ke dalam politik,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.
Zeti berkata demikian ketika disoal mengenai kenyataan bekas Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merujuk kepada dirinya
dalam ucapan yang dibuat minggu ini, berhubung 1MDB.
Muhyiddin mendakwa Zeti memberitahunya aset 1MDB adalah di Bank BSI.
Menurut Zeti, beliau tidak dapat mengingati jika ada memberitahu Muhyiddin tentang perkara itu.
Beliau berkata ini adalah kerana dirinya berjumpa dengan Muhyiddin
yang juga Menteri Pelajaran beberapa kali ketika beliau adalah anggota
kabinet.
“Saya tidak pernah ada mesyuarat khusus bagi membincangkan itu.
“Kami mempunyai banyak interaksi dan berjumpa dengannya. Saya adalah
sebahagian daripada jawatankuasa kabinet bagi menangani kos hidup dan
kami sedang mengusahakan penubuhan sebuah sekolah perniagaan…
“Justeru, kami perlu pergi Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan kelulusan, termasuk kelulusannya,” katanya.
Zeri berkata beliau tidak membawa dokumen yang berkaitan dengan dana
AS1.103 bilion 1MDB apabila beliau berjumpa dengan bekas timbalan
perdana menteri itu.
“Oleh itu, jika saya berbincang dengannya, ia adalah secara umum
berhubung apa yang berlaku dan itu berlaku agak lama dulu dan mungkin
pada peringkat tersebut saya tidak mempunyai jenis maklumat yang anda
sebut itu,” katanya.
Dalam temu bual eksklusif dengan media, Muhyiddin mendakwa
Zeti memberitahunya bahawa AS$1.103 bilion milik 1MDB diletakkan di
Kepulauan Cayman dan bukannya di Bank BSI.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment