Wednesday, March 23, 2016
Selepas Disaman PMB, Kini Rafizi Ramli Bakal Disaman Oleh LTAT Pula !!!
Rafizi Ramli sememangnya RAJA PENIPU di Malaysia menggantikan kedudukan
Anwar Ibrahim. Apa-apa sahaja yang keluar dari mulutnya, semuanya
adalah penipuan semata-mata. Dia akan menghiaskan penipuannya dengan
fakta-fakta dan angka-angka yang akan membuatkan ramai kagum dengan
pendedahannya.
Bagi golongan bodoh tongong, mereka tidak akan teragak-agak untuk
menyokong setiap pembohongan Rafizi Ramli yang berlandaskan angka dan
fakta.
Pembohongan dan fitnah terbaru Rafizi Ramli adalah berkenaan
ketidakmampuan LTAT membayar pencen pesara tentera kerana 1MDB tidak
membayar hutang, tidaklah begitu menarik dan kurang mendapat perhatian.
Barangkali ramai yang sudah tahu, kalau mereka percaya, mereka akan
terpedaya seperti dalam isu-isu yang ditimbulkan oleh Rafizi Ramli
sebelum ini.
Hari ini, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengesahkan semua pembayaran
kepada Perbadanan Perwira Hartanah Malaysia (PPHM) di bawah kontrak
pembinaan penempatan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur adalah terkini
dan tiada jumlah tertunggak.
Dalam kenyataan, 1MDB berkata ia telah menyelesaikan semua faedah hutang
kewangan dan bayaran prinsipal apabila tiba masanya walaupun melalui
tempoh yang mencabar pada 2015.
Syarikat itu berkata demikian bagi mengulas dakwaan oleh Naib Presiden
PKR Rafizi Ramli berkaitan kontrak antara 1MDB dan PPHM, anak syarikat
milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
"Kami menggesa Rafizi supaya menghentikan usaha tidak bertanggungjawab,
terdesak dan bermotifkan politik itu yang secara salah mengaitkan 1MDB
dalam perkara sedemikian," katanya.
PPHM dan LTAT tidak sepatutnya meminta dan mendesak agar Rafizi berhenti
daripada berbohong kerana dia memang tidak dapat membezakan antara
realiti dan fantasi otak cacatnya lagi. Sebaliknya, orang seperti Rafizi
Ramli hanya perlu diajar dengan saman kerana saman tidak sahaja
memperbetulkan persepsi sebaliknya amat menakutkan Rafizi Ramli.
Dan kena pastikan serta beri arahan kepada peguam yang bakal mewakil
PPHM dan LTAT juga agar tidak menyelesaikan kes saman fitnah itu dengan
permohonan maaf atau penyelesaian di luar mahkamah. Jangan ulangi
kesilapan seperti yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO dan UMNO
sendiri!!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment