Wednesday, March 23, 2016

Umat Islam Perlu Fokus Lawan Dan Gagalkan Rancangan DAP

Umat Islam di Malaysia perlu bersatu menentang dan mengagalkan rancangan DAP yang dikatakan parti sekular untuk memerintah negara ini kata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Laporan Utusan Malaysia hari ini, Hadi dipetik sebagai berkata majoriti orang Cina dalam DAP tidak mempunyai hak untuk membentuk kerajaan yang memerintah, kerana orang Islam melebihi bilangan orang Cina di Malaysia.

“DAP mempunyai rancangan yang lebih besar, lebih daripada sekadar mengawal ekonomi oleh itu ia hanya melalui penyatuan umat Islam kita boleh memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

“Tambah Ahli Parlimen Marang itu lagi Pas telah mengingatkan agar Umno kembali kepada Islam untuk perpaduan dan pengukuhan ummah,” kata Hadi dalam ceramahnya malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ujar Khalid pula, DAP yang terdiri daripada orang-orang Cina berjaya walaupun mereka hanya 30 peratus daripada penduduk negara ini.

“Mereka mengawal pendapatan yang lebih tinggi per kapita dan saya percaya mereka mempunyai cita-cita yang lebih besar.

“Kami akan membentuk satu unit seperti sebuah badan bukan kerajaan untuk memantau (calon pilihan raya) dikalangan Melayu yang meletakkan diri mereka sebaris dengan DAP dan memastikan mereka tidak menang dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ini.

Khalid sebelum ini dari PKR tetapi dipecat daripada parti itu dan disingkirkan jawatan sebagai MB Selangor kononnya atas isu-isu berkaitan pentadbirannya di negeri itu.

Pas berpisah dengan DAP dan PKR tahun lalu kerana tidak sebulu dengan DAP yang menentang hudud PAS. Baru-baru ini Pas telah menjalin hubungan kerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) iaitu musuh tradisi UMNO dalam usaha seolah-olah bertujuan untuk menyatukan konservatif kuasa politik Melayu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment