Monday, March 21, 2016

Selepas Petronas, Mubarak Pula Menyingkirkan Mahathir Dari Penaung

Pengkhianatan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap kerajaan hari ini terus mendapat perhatian dari ramai pihak. Selepas beliau disingkirkan daripada Petronas, giliran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) pula bertindak menyingkirkan Tun M daripada kedudukan beliau selaku penaung persatuan berkenaan.

Menurut Pengerusi MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, setelah mempertimbangkan tindak tanduk Tun M yang jelas sekali mengkhianati kerajaan dengan bertindak meninggalkan UMNO dan seterusnya menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Lim Kit Siang, MUBARAK berpendapat tiada gunanya lagi untuk terus mengekalkan Tun M selaku penaung persatuan berkenaan.

Tindakan ini, menurut beliau, bukan bermaksud mereka membenci Tun M, tetapi ianya dibuat oleh kerana Tun M sudah tidak lagi sesuai untuk mengetuai MUBARAK memandangkan kecenderongan politik beliau kini sudah jauh dari landasan sebenar.

Kini, Tun M semakin keseorangan hasil daripada kesilapan bodoh beliau yang begitu tamakkan kuasa sehingga sanggup bersekongkol dengan pembangkang. Inilah padah dan hakikat yang beliau terpakksa tanggung hasil daripada pengkhianatan yang beliau lakukan sendiri.

Semoga dengan penyingkiran ini, Tun M dapat menyedari, kesilapan-kesilapan yang beliau lakukan sepanjang tindakan beliau mengisytiharkan perang terhadap kerajaan sehingga menyebabkan imej beliau selaku Negarawan kini tidak lebih dari seorang yang kecewa dalam politik. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment