Monday, March 21, 2016
Sikap LGE Dipertikai Kerana Sering Menghalang Niat Kerajaan Persekutuan Membantu Rakyat Di Pulau Pinang...
LGE langsung tidak memberi ruang buat PERDA dan JKP menyediakan rumah mampu milik yang selesa buat rakyat di negeri itu...
PERDA, JKP DAKWA DIANAKTIRIKAN KERAJAAN PULAU PINANG
GEORGETOWN : Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan
JKP Sdn Bhd (JKP) didakwa sering dianaktirikan dan dikenakan pelbagai
halangan jika mahu membangunkan projek perumahan di negeri ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk
Abdul Rahman Dahlan mendakwa agensi itu juga tidak diberi peluang dan
ruang dalam membantu kerajaan negeri menyediakan rumah mampu milik yang
selesa untuk rakyat.
“Apa salahnya JKP dan Perda buat rumah di Pulau Pinang? Walaupun ia
agensi kerajaan persekutuan, tapi untuk rakyat, beri ruang dan bantuan,
bukan kelonggaran tapi kesesuaian kelulusan untuk mereka.
“JKP dan Perda pun telah nyatakan bahawa mereka tak mahu kelebihan,
kelonggaran atau keistimewaan, tapi layanlah mereka seperti syarikat
perumahan swasta lain, mereka akan patuh kepada setiap syarat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, lazimnya di negeri-negeri lain kebenaran
merancang adalah di bawah bidang kuasa dan diluluskan pihak berkuasa
tempatan (PBT).
Bagaimanapun di Pulau Pinang, katanya setiap projek perumahan kerajaan
persekutuan mesti dibawa ke peringkat jawatankuasa perancang negeri yang
dipengerusikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri dan kuasa meluluskan
terletak padanya.
“Saya kesal kenapa Guan Eng nak masuk campur dalam soal kebenaran
merancang dan sebagainya, sedangkan ia boleh diuruskan di peringkat
PBT,” katanya.
Beliau berkata, adalah penting untuk kerajaan negeri membantu agensi
kerajaan persekutuan kerana apabila sesuatu masalah timbul ia akan
memberi kesan kepada rakyat.
“Kalau setiap hari ada konfrontasi dengan kerajaan persekutuan, setiap
kali buka mulut nak maki hamun, kerjanya hanya menuduh, bagaimana nak
bekerjasama?. Kembalikan kelulusan-kelulusan ini kepada PBT,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment