Monday, March 21, 2016
Terdesak Sangatlah Tu.... Ahli UMNO Tidak Terpengaruh Dengan Surat Terbuka Tun M
KLANG : Anggota Umno tidak akan sesekali terpengaruh dengan sebarang
usaha untuk memecahbelahkan parti dan akan sentiasa berdiri teguh
bersama Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai presiden parti.
Menegaskan demikian, anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam
Ibrahim berkata anggota parti di peringkat akar umbi dan barisan
pemimpin tertinggi menyokong penuh kepimpinan Najib sebagai perdana
menteri dan presiden Umno.
"Anggota Umno adalah mereka yang berpegang teguh kepada perlembagaan
parti dan menyokong pemimpin parti," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan program Free Market di sini, Ahad.
Beliau mengulas surat terbuka Dr Mahathir semalam kepada para anggota Umno di peringkat cawangan, yang viral di media sosial.
Irmohizam yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor mengingatkan Umno
dan kerajaan supaya tidak diheret ke dalam polemik politik pembangkang
sebaliknya mencari idea-idea baharu bagaimana untuk membantu rakyat.
"Rakyat terutamanya generasi muda sudah bosan dengan polemik politik yang tidak berkesudahan ini.
"Umno perlu fokus terhadap rakyat dan bersatu bagi menghadapi cabaran
yang sebenar iaitu cabaran ekonomi, keselamatan dan bagaimana untuk
menangani peningkatan kos sara hidup," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment