Monday, March 21, 2016
Skandal Rumah : Dari DAP Ia Datang, Kepada DAP Ia Pulang
EDITOR MENULIS...
21 MAC 2016
Saya tertarik bila Guan Eng
ini menggunakan istilah “willing seller, willing buyer basis” untuk
menjelaskan kepada rakyat Pulau Pinang tentang skandal pembelian
rumahnya. Istilah inilah yang dulu digunakan mantan Menteri Besar
Selangor, Dr. Khir Toyo untuk menjelaskan isu hampir sama tapi tidak
dipedulikan dan beliau tetap dilabel sebagai perasuah dan macam-macam.
Kes Khir Toyo dulu bukan dibawah Akta
Pencegahan Rasuah pun tapi ada puak-puak ini peduli? Dah sekarang bila
kena muka dia semula, dia pun pakai alasan yang sama – tak pulak kita
panggil dia macam-macam?
Ironinya, dulu yang mula persoal harga
rumah Khir Toyo ini ialah orang DAP dan sekarang yang terperangkap dalam
keadaan hampir sama, masih juga orang DAP. Karma atau apa saya tak
tahu tapi itulah yang berlaku.
Dulu kau kenakan orang, sekarang kena kat kau balik – lebih kurang macam itulah keadaannya bila bahasa tu dipasarkan.
Apa pun, kita penyokong kerajaan ini tak
sehina macam penyokongnya DAP dalam kes Khir Toyo dulu. Mulut dan jari
ni memang ligat saja nak balun tapi untuk berlaku adil, ruang dan
peluang perlulah diberikan kepada pihak yang berkenaan untuk menjalankan
siasatan.
SPRM dalam satu kenyataan petang tadi pun mengesahkan sudah
memulakan siasatan.
Tapi walaupun begitu, dengan semua yang
berlaku ini, saya tidak boleh mengelak dari berasa hairan kalau Guan
Eng terlepas dari pendakwaan. Sekalipun ada perbezaan di sana sini tapi
‘essence’ kepada kes ini tidak jauh beza dengan kes Khir Toyo dulu –
konflik kepentingan.
Justeru, atas prinsip yang sama dalam
kes dana RM 2.6 billion dimana pembangkang menuntut Perdana Menteri
meletak jawatan, kita juga mahu dia turut meletakkan jawatan jugalah.
Orang putih kata “walk the talk”.
Perdana Menteri tak letak jawatan dalam
isu dana RM 2.6 billion, itu soal lain, prinsipnya berbeza – diakhirnya
pun Peguam Negara sendiri mengesahkan tidak ada kes untuk mendakwa
Perdana Menteri.
Yang percaya dengan prinsip meletak
jawatan bila ada siasatan dijalankan ke atasnya ini ialah pembangkang,
patut mereka buat apa yang mereka perjuangkan, bukan cari jalan
mengelak.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment