Monday, March 21, 2016

Sewa Murah: LGE Kata Tak Pernah Dipanggil, Apa Dah Berlaku?

EDITOR MENULIS...
21 MAC 2016
penang-CM_
Dengan bangga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin mengakui bahawa ini adalah kali pertama agensi itu menyiasat soal pembelian rumah Guan Eng, siasatan sebelum ini adalah tentang sewa rumah berkenaan yang dikatakan terlalu murah.

Sebelum beli rumah itu tahun lepas, Guan Eng duduk menyewa di rumah sama dengan kadar RM 5,000 sebulan sejak 2009 yang dikatakan terlalu rendah berbanding nilai hartanah di kawasan tersebut.

Guan Eng kemudian dilaporkan dengan bangga jugak mengaku terkejut bila dapat tahu ada siasatan yang dijalankan ke atasnya dalam isu berkenaan (sewa murah) sebab sejak beberapa tahun ini dia tak pernah dipanggil memberikan keterangan walaupun kertas siasatan katanya dah dibuka sejak 2012 (ada kata 2009).

Sekarang, kita semua rakyat Malaysia boleh rasa terkejut sebab ini kali pertama rasanya dimana OKT tidak dipanggil memberikan keterangan dalam melengkapkan siasatan, pegawai yang berkenaan siasat gaya apa tu, hantar drone jumpa ke atau macam mana?

Tapi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, SPRM datang ke pejabat ambil keterangan, apa cerita tu?  Drone terhempas tengah jalan ke? Tanya saja, sebab tak tahu ni.

Saya tidak mahu membuat spekulasi tapi melainkan memang ada prosedur siasatan dimana OKT tidak perlu memberikan keterangan, rasanya ada orang dah boleh berkira kira cari kerja lainlah nampaknya atau bersedia bersara sebelum masa sebab nampak banyak yang tak kena ni. Harap SPRM boleh tampil bagi penjelasan akan prosedur yang sebenarnya.

Sementara penjelasan itu keluar, kita bersangka baik sajalah. Mungkin SPRM tak jumpa jalan ke pejabat Guan Eng atau dah sampai tapi lif di Komtar rosak pulak hari tu.  

Mungkinlah, mungkin.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment