Monday, March 21, 2016

Banglo Murah : Undang-Undang Mana Hal Jenayah Boleh Selesai Jumpa Berdepan?

EDITOR MENULIS...
21 MAC 2016
PENANG 20 MARCH 2016. Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya ketika sidang media bahawa beliau tidak berminat melayan jemputan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkaitan isu pembelian rumah mewah ketika sidang media di Pejabat Umno Bahagian Tasek Gelugor, semalam. NSTP/DANIAL SAAD
Sesiapa juga yang ada masalah disyaki melakukan jenayah, perlu menyelesaikan masalah itu dengan cara perundangan. Mana ada dalam sistem perundangan kita masalah seumpama jenayah selesai secara depan berdepan. Ini bukan hal peribadi, ini hal perundangan, selesai ikut undang-undanglah.

Sekalipun jumpa berdepan, boleh kah hal jenayah itu diselesaikan dan dilupakan begitu sahaja? Kalau ada dalam undang-undang, dimana?

Jadi ni jelas satu gimik murahan untuk mendapat simpati rakyat. Kenapa nak gelabah sangat pun kita tak tahu kerana sekalipun dengan ada tindakan seumpama ini, ia tidak akan mengubah apa-apa. Perkara ini perlu diselesaikan secara perundangan, bukan bincang-bincang sambil minum kopi!!

Tak tahulah kalau lepas ni ada orang yang mahu undang-undang sedia ada dimansuhkan dan diganti dengan jumpa depan berdepan ni? Ini bukan mustahil, tak berapa lama sebelum ini ada orang mahu sistem pilihanraya kita diganti dengan referendum rakyat, undi popular dan sebagainya.

Saya juga hairan dengan tindakan memanggil wartawan masuk rumah ni, apa tujuannya, nak tunjuk barang dalam rumah ke? Siapa pertikai barang dalam rumah, yang dipertikaikan nilai hartanah yang terlalu murah dengan nilai pasaran disamping persoalan sama ada wujud hubungan istimewa pembeli penjual yang menjadikan harga hartanah itu begitu rendah ketika dijual.

Itu isunya, jawab yang itulah, panggil wartawan masuk rumah buat apa?

Jadi ini jelas tindakan nak mempolitikkan benda yang tidak politik, memperibadikan perkara yang bukan hal peribadi pun. Janganlah gelabah sangat, kita mahu yang berkenaan beri kerjasama kepada penyiasatan yang bakal dijalankan, itu saja, jangan konar sana konar sini disamping mewujudkan persepsi salah di kalangan rakyat. 

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment