Monday, March 21, 2016

Banglo Diskaun : Sejak Bila Pulak La Sosialis Berminat Rumah Mewah?

EDITOR MENULIS...
21 MAC 2016
lim-guan-eng-rumah
Fahaman sosialis yang saya faham selama ini, antara lain, menolak semua perkara yang mewah-mewah ni. Kalau baca betul-betul, semua mesti sama rata, mana boleh ada satu miskin, satu kaya. Macam itu sekali.

Kalau beli rumah contohnya, jika pemimpin beli banglo diskaun, rakyat kalau tak dapat banglo sekalipun, mesti dapat diskaun masa beli rumah, tak boleh ada perbezaan.

Itu bagaimana pun nampaknya tak berlaku pada parti-parti sosialis yang ada pada zaman ini. Pengamal sosialis hari ini sama juga dengan pengamal faham-faham politik lain dimana mereka juga berlumba-lumba mencari kesenangan untuk diri sendiri.

Tak dapat mewah dari orang lain, murah dari orang lain.  Kepentingan dirilah tu.

Awal-awal dulu mungkinlah, sekarang banyak dah tak macam itu lagi.  Dulu guna sosialis pada parti politik untuk menunjukkan yang mereka berpolitik adalah untuk membantu rakyat dan bukan untuk diri sendiri, dululah.

Bila generasi muda dah ambil alih, fahaman sosialis yang asal tu, sikit-sikit dah terhakis atau dah hilang terus.  Pemimpin sosialis hari ini bukan setakat mengambil apa yang boleh untuk diri sendiri bahkan dah mengkelas-kelaskan rakyat ikut besar kecil rumah yang diduduki.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang yang diperintah parti berfahaman sosialis ini adalah satu contoh terbaik bagaimana fahaman sosialis yang asal sudah dilupakan generasi yang seterusnya.

Elok jangan gebang pasal sosialis lagi dah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment