
Monday, March 21, 2016
Jawatan Tun Mahathir Sebagai Penaung Mubarak Lucut Serta-Merta

Jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Penaung
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) terlucut serta-merta
setelah beliau keluar daripada UMNO pada 1 Mac lalu.
Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, secara logiknya
jawatan Dr. Mahathir sebagai penaung akan terlucut kerana beliau tidak
lagi menjadi ahli UMNO dan pihaknya berharap beliau maklum mengenai
perkara itu.
“Beliau secara jelas telah lari daripada matlamat dan objektif
penubuhan Mubarak iaitu bertindak sebagai sebuah pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang menyokong kerajaan bukan menentang.
“Apabila Dr. Mahathir keluar kali kedua daripada UMNO, bertemu pula
dengan parti lawan yang menentang Barisan Nasional (BN), jadi kita buat
keputusan untuk mengucapkan ‘terima kasih’ kepada beliau,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani
kenyataan bersama dengan 43 NGO Malaysia yang menentang gerakan
menggulingkan kerajaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment