Monday, March 21, 2016

SPRM Siasat Dakwaan Terhadap Guan Eng

http://assets.bharian.com.my/images/articles/LIM_GUAN_ENG___KETUA_MENTERI_PULAU_PINANG.transformed.jpg
Dakwaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan membeli sebuah rumah di Jalan Pinhorn, Georgetown de­ngan harga yang jauh lebih rendah daripada pasaran akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan suruhanjaya itu, SPRM Pulau Pinang telah menerima aduan berkaitan isu tersebut hari ini dan keterangan daripada pe­ngadu turut dirakam.

Kenyataan itu menjelaskan, kes berkaitan pembelian rumah tersebut merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail siasatan sebelum ini.

“Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian.

“SPRM yang sentiasa berpegang pada prinsip bebas, profesional dan telus serta memberi jaminan akan menyiasat setiap aduan atau maklumat yang ada unsur rasuah tanpa pilih kasih,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, sumber memberitahu, siasatan mengenai dakwaan tersebut akan dilakukan mengikut Akta SPRM 2009 iaitu menerima suapan.

“Kita masih menunggu jika ada laporan lain yang dibuat,” katanya yang tidak menolak kemungkinan akan memanggil Guan Eng untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Tambah sumber itu, SPRM juga akan memanggil beberapa saksi berhubung dakwaan yang diutarakan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment