
Monday, March 21, 2016
Stadium Merdeka, Negara Tak Diusik

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, memberi
jaminan betapa bangunan Stadium Negara dan Stadium Merdeka akan
dikekalkan walaupun kerajaan sedang membangunkan Projek Warisan Merdeka,
yang dijangka siap, pada tahun 2024.
“Melangkah masuk ke Stadium Merdeka semalam membawa kembali kenangan
bermulanya detik-detik kemerdekaan kita daripada jajahan asing 59 tahun
lalu.
“Di sini jugalah kita diingatkan kepada semangat kesukanan dan
perjuangan pahit manis wira-wira veteran sukan bola sepak di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa.
“Walaupun Kerajaan sedang mengusahakan Projek Warisan Merdeka yang
dijangka siap pada 2024 melalui Permodalan Nasional Berhad, Stadium
Negara dan Stadium Merdeka akan kekal bersama arus pembangunan negara
kita sebagai mercu tanda dan tapak bersejarah negara,” kata Najib dalam
entri terbaharu menerusi akaun Facebooknya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment