Thursday, March 10, 2016
“Tidak Boleh Sokong UMNO Tapi Tidak Sokong Pemimpin Parti” – Ali Rustam
MELAKA : UMNO akan
menjadi sebuah parti yang lemah dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)
Ke-14 sekiranya tidak memecat anggota parti yang bersekongkol dengan
pembangkang dalam menandatangani ‘Deklarasi Mahathir’, baru-baru ini.
Anggota Dewan Negara, Tan Sri Mohd Ali
Rustam berkata dalam keadaan politik sekarang, UMNO tidak boleh
mempunyai ‘gunting dalam lipatan’ yang boleh memecah belahkan parti dari
dalam dan perlu segera melakukan ‘pemutihan parti’ bagi memastikan UMNO
terus kukuh.
“Anggota (UMNO) yang bersekongkol dengan
pembangkang terutama DAP sudah tentu akan mengelirukan anggota parti
(UMNO) yang lain seterusnya akan menjejaskan jentera UMNO dan parti
secara keseluruhannya pada PRU Ke-14 nanti.
“Saya tegaskan di sini UMNO hanya
perlukan anggota parti yang benar-benar setia. Kita mahu jelas sama ada
sokong UMNO atau tidak, tidak boleh sokong UMNO tetapi tidak sokong
pemimpin parti, sokong UMNO secara keseluruhannya,” katanya pada sidang
media, di sini, malam tadi.
Terdahulu, Mohd Ali, yang juga Ketua
UMNO Bahagian Bukit Katil, merasmikan Mesyuarat Agong Berkelompok
Cawangan UMNO Dewan Undangan Negeri Bukit Baru di Bukit Katil di sini.
Beliau mengulas tindakan bekas mantan
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas mengetuai
kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP memeterai
deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai
perdana menteri.
Deklarasi itu turut ditandatangani bekas
timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar
Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas presiden MCA Tun Dr
Ling Liong Sik.
Mohd Ali berkata sebagai anggota UMNO
yang menjaga amanah orang Melayu di negara ini beliau tidak dapat
menerima tindakan anggota UMNO yang sanggup bersekongkol dengan DAP yang
jelas mempunyai agenda negatif terhadap orang Melayu.
“Saya hormati beliau (Dr Mahathir) dan
tidak mengkritik beliau tetapi saya tidak boleh terima apabila beliau
sanggup bekerjasama dengan DAP, walau apapun alasannya matlamat tidak
menghalalkan cara,” katanya.
Justeru, Mohd Ali, yang juga bekas ketua
menteri Melaka, berkata anggota UMNO dan rakyat Malaysia secara
keseluruhannya perlu menilai sebaiknya apa yang berlaku dalam senario
politik negara sekarang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment