Thursday, March 10, 2016
Maklumat Harta Kekayaan Anak-Anak Mahathir Sudah Ada, Tunggu Masa Dedah – Ramesh Rao
Semakin hari, semakin
ramai rakyat telah mula muak dan nampak tipu helah serta ‘kekotoran’
hati bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed khususnya dalam
gerakannya mahu menggulingkan Datuk Seri Mohd Najib Razak dari jawatan
nombor satu negara.
Sebagai bukti bagi menyokong hujah
tersebut, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihati (PMSP) tampil membuat
pendedahan bahawa semakin ramai pihak-pihak tidak dikenali menghubungi
mereka bukan sahaja untuk memberi sokongan, malah menyatakan rasa tidak
senang hati dan tidak suka dengan usaha Dr Mahathir tersebut.
Menurut presidennya, Ramesh Rao mengulas
dengan berkata, respon orang ramai berkenaan adalah rentetan daripada
tindakannya baru-baru ini yang berhasrat akan terus membuat pendedahan
demi pendedahan keatas kebobrokkan Dr Mahathir.
“Seperti yang para media
sedia maklum, baru-baru ini saya diugut oleh pihak tertentu dengan
ugutan akan memburu saya tidak kira di mana saya berada jika terus
mengganggu perjalanan gerakan Dr Mahathir.
“Saya ingin tegaskan di sini
bahawa saya tidak gentar sedikitpun dan saya dengan Pertubuhan Minda
dan Sosial Prihati (PMSP) akan terus bongkar dan bongkar semua kerja Dr
Mahathir ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya lagi, PMSP sudah menerima
maklumat berkenaan harta anak-anak Dr Mahathir yang begitu banyak di
sana sini dan punca kekayaan mereka. Perkara ini akan didedahkan sendiri
oleh Ramesh dalam masa terdekat.
“Dr Mahathir, sebagai
seorang mantan Perdana Menteri yang memegang rekod paling lama berkuasa
iaitu selama 22 tahun sepatutnya lebih ampuh dan berani menghadapi
cabaran khususnya dari saya dan PMSP yang tidaklah sehebat mana,” ulas Ramesh.
Bagaimanapun, tindakan mengugut membuktikan Dr Mahathir dan orang-orangnya kini tidak boleh menerima kritikan langsung.
Sudahlah jadi Perdana Menteri dengan
banyak rekod buruk, kini anda mahu terus memburukkan keadaan politik
dalam negara dan kerjasama keji dengan pembangkang yang sudah sekian
lama hanya berniat menjadikan Malaysia negara kacau bilau.
Ramesh berikrar akan terus membongkar
semua maklumat berkaitan Dr Mahathir dan parti pembangkang, biar apapun
yang datang melanda dan dihadapi oleh beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment