Thursday, March 10, 2016
Irmohizam Kecam Tindakan Tun Mahathir Sebagai Menyalahi Sistem
KUALA LUMPUR :
Deklarasi Rakyat adalah polemik politik yang menyalahi sistem dan amalan
demokrasi negara ini, demikian kata ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk
Irmohizam Ibrahim.
Beliau berkata, polemik politik sedemikian harus dihentikan, sebaliknya memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Kita harus menjunjung tinggi titah Duli
Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, cukuplah polemik politik … fokus
kepada kesejahteraan, keamanan dan kestabilan negara lebih-lebih lagi
dengan cabaran ketidaktentuan ekonomi dunia ketika ini,” katanya kepada
pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau mengulas pandangan Presiden Pas,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pakatan Tun Dr Mahathir
Mohamad yang juga bekas perdana menteri dan pembangkang bagi menjatuhkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perbuatan sia-sia
dan ‘gopoh’.
Mengulas isu sama, anggota Parlimen
Sekijang Anuar Abdul Manap turut menyambut baik pendirian Abdul Hadi
yang menegaskan parti itu tidak akan mengambil kesempatan dalam keadaan
negara yang tidak menentu pada masa kini bagi menjatuhkan perdana
menteri.
Katanya semua pihak sepatutnya memberi
peluang kepada perdana menteri untuk memberi tumpuan kepada keadaan
ekonomi negara dan mentadbir dengan lebih baik dan bukannya memberi
tekanan politik kepada beliau.
“Sekiranya rasa kepimpinan perdana menteri bermasalah, kita ada saluran lebih baik yang boleh digunakan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment