Monday, March 21, 2016
Zahid Gesa Rakyat Sarawak Jangan Termakan Janji-Janji Pemimpin Pembangkang
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menggesa rakyat
Sarawak supaya tidak termakan dengan janji-janji manis yang dilemparkan
pembangkang kepada rakyat di negeri itu.
Menurut Zahid, pemimpin pembangkang ibarat 'keluang dan kelawar' yang
hanya datang melawat Sarawak ketika hampir musim buah iaitu musim
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Jelas Zahid, pemimpin pembangkang yang hanya turun sekali sekala melawat
negeri Sarawak pandai menghasut rakyat, kononnya tiada perubahan yang
dilakukan oleh pemimpin kerajaan.
Walhal, pembangkang tidak tahu pemimpin kerajaan lebih banyak turun
padang bersama rakyat untuk mendengar apa jua rintihan dan keperluan
yang diperlukan rakyat Sarawak.
"Pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak bersikap seperti keluang atau
kelawar. Mereka sentiasa turun padang untuk berkhidmat kepada rakyat.
Kini terdapat individu yang mahu menggulingkan atau menukar kerajaan,
kerana mereka mendakwa sudah terlalu lama berkuasa," kata Zahid.
Dalam masa sama, Zahid turut mengingatkan kepada rakyat Sarawak bahawa
risiko untuk menukar kerajaan dan tidak mudah untuk menukar sesebuah
kerajaan yang telah lama mentadbir negara ini.
"Tetapi menukar sebuah kerajaan bukan semudah menukar kereta atau baju," katanya.
PRN Saarawak dijadualkan berlangsung pada bulan April ini, dan
dijangkakan rebutan kerusi Parlimen dan Adun di Sarawak akan
menghangatkan lagi suasana politik.., memandangkan pembangkang kini
terbahagi kepada 2 blok pembangkang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment