Monday, March 21, 2016
PKR Dan PAN Tak Puji Pun Tindakan Guan Eng
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mengulas mengenai tindakan
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjemput para media ke
kediamannya harus dipuji.
Jelas Lip Eng, tindakan Guan Eng itu memang mendapat pujian kerana
berani membenarkan pihak media untuk melaporkan persekitaran rumahnya
yang didakwa mempunyai unsur rasuah.
Eleh... Setakat dipuji geng sendiri buat apa... Nampak sangat nak
'backup' tindakan bodoh Guan Eng tu... Rakan sekutu PKR dan PAN tak puji
pun tindakan Guan Eng.. Dorang pun malu dengan tindakan bodoh Guan Eng
tu... Hahaha..
Lagi satu, orang mahu Guan Eng tampil dalam Dewan Rakyat untuk jelaskan
dan beri kerjasama dengan pihak SPRM dan PDRM, untuk memudahkan siasatan
skandal banglo mewah ni.
Justeru, dengan tindakan Guan Eng yang hanya dipuji DAP itu, Lip Eng
mahu semua menteri dan pemimpin kerajaan mencontohi tindakan yang
dilakukan oleh Guan Eng.
"Saya juga menyeru supaya semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dari
Barisan Nasional memberi peluang kepada media massa termasuk portal
berita dan media alternatif untuk melawat kediaman peribadi
masing-masing bagi membuktikan ketelusan mereka.
"Mungkin pihak media patut sekurang-kurangnya meminta Ahli Parlimen
Tasek Gelugor merangkap pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
(PERDA), yang memang kerjayanya membina rumah di negeri tersebut untuk
melawat kediaman peribadinya demi prinsip kewartawan yang adil," kata
Lip Eng.
Apa punya cadangan laa pemimpin DAP ni... Dah terpalit skandal baru nak
panggil wartawan datang ke rumah.. Masa takda skandal tak mahu pulak
dipanggilnya wartawan ke rumah.
Kalau nak ikut macam Guan Eng ni memang tak layak laa.. Orang panggil
datang rumah masa takda skandal apa-apa... Baru boleh sembang minum teh
dengan tenang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment