Monday, March 21, 2016

Guan Eng Berpura-pura Atau Salah Guna Kuasa??

Hairan dan pelik apabila Ketua Menteri Pulau Lim Guan Eng memaklumkan, beliau tidak tahu mengenai harga semasa dan harga pasaran rumah banglo mewah yang didiaminya di Georgetown.., selepas enggan tinggal di rumah Ketua Menteri yang telah disediakan kerajaan.

Macam mana Guan Eng boleh tidak tahu mengenai harga pasaran rumah terbabit, sedangkan Guan Eng merangkap jawatan Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah Pulau Pinang... Pelikkan??

Bukan itu saja, Guan Eng turut merangkap jawatan Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Jadi persoalannya, dengan jawatan yang disandang Guan Eng ini... Adakah Guan Eng sedang berpura-pura bagi menyelamatkan diri atau memang Guan Eng telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi Andy, Guan Eng sedang berpura-pura dan telah menyalah gunakan kuasanya.. Dah terang-terang beliau merangkap jawatan Hal Ehwal Tanah di Pulau Pinang... Takkan dia tak tahu mengenai harga-harga tanah di negeri itu... Ini mustahil!!

Bila Guan Eng dah kantoi sedang menyalah gunakuasa, maka seperti biasa Guan Eng akan berpura-pura seperti tidak ada apa yang berlaku... Ini merupakan taktik licik Guan Eng yang sudah basi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment