Monday, March 21, 2016

Guan Eng Ajak Minum Kopi Untuk Beri 'Duit Kopi'

Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak menjawab mengenai isu rumah banglo mewah di dalam Dewan, melahirkan rasa kecewa terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya kerana menolak pelawaannya untuk minum kopi bersama.

Menurut Guan Eng, beliau telah berpenat lelah menyediakan air kopi khas untuk minum bersama Shabudin, namun beliau terpaksa meminum kopi bersendirian kerana Shabudin tidak munculkan diri.


"Saya kecewa, hampa sikit laa bila saya menjemput dia (Shabudin), mempelawa dia secara baik pun sediakan secawan kopi untuk dia, pun dia tak wujud," kata Guan Eng.

Tak perlu pun nak rasa kecewa bagai.... Shabudin tak hadir sebab Shabudin mahu Guan Eng jawab dihadapan semua orang... Bukan jawab dihadapan Shabudin saja!!

Kenapa sampai perlu 'face to face'?? Kenapa Guan Eng tak boleh jawab di hadapan orang ramai?? Adakah Guan Eng turut menyediakan 'duit kopi' kepada Shabudin, sekiranya beliau hadir dalam acara minum kopi tersebut??

Shabudin yang memilih untuk tidak menghadirkan diri untuk meminum kopi bersama Guan Eng harus dipuji oleh semua pihak... Ini kerana tindakan Shabudin tepat, kerana tidak memasuki perangkap yang dipasang Guan Eng.

Boleh bayangkan apa  yang akan berlaku sekiranya Shahbudin menyahut pelawaan Guan Eng untuk minum kopi bersama... Barang kali Shabudin akan dijadikan kambing hitam sekiranya mengeluarkan kenyataan selepas minum kopi bersama.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment