
Monday, March 21, 2016
Serangan Terhadap Guan Eng Adalah Kerja Jahat Najib Dan UMNO - Kak Wan Kipas

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terbabit dengan isu
skandal pembelian rumah banglo mewah dibawah harga pasaran hanya
dipertahankan oleh rakan seperjuangan dalam DAP.
Sejak skandal ini didedahkan, rakan-rakan sekutu dalam Pakatan Harapan
(PH) masih tidak kelihatan untuk cuba mempertahankan Guan Eng yang
menggelabah biawak untuk menjawab skandal terbabit.
Walau bagaimanapun, isu skandal Guan Eng yang sudah berlarutan beberapa
hari mendapat perhatian Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan
Ismail hari ini.
Namun agak mengecewakan apabila Wan Azizah hanya melahirkan rasa simpati
terhadap Guan Eng yang kini 'pening' untuk menjawab isu yang
ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya.
Dalam masa sama, Wan Azizah turut menyifatkan, isu yang ditimbulkan oleh
Shabudin ini sebagai serangan peribadi terhadap Ketua Menteri Pulau
Pinang bagi mengalih perhatian terhadap skandal derma RM2.6 bilion dan
1MDB.
"Ada juga unsur-unsur serangan peribadi. Nampak seperti Guan Eng menjadi
sasaran sebab bila kita lihat apa yang berlaku kepada dana RM2.6 bilion
dan 1MDB, bila masa kita buka mulut tentang itu, ada individu yang akan
dipecat dan hadapi masalah.
"Saya rasa mereka mensasarkan pihak pembangkang kerana isu 1MDB dan
derma RM2.6 bilion sering kali dibangkitkan pihak pembangkang," kata Wan
Azizah.
Pandai betul Wan Azizah ni... Kalau kena kat batang hidung sendiri
pandai kata serangan peribadi bagai... Kalau skandal pemimpin kerajaan,
bukan main bersorak lagi siap buat demo lagi.
Skandal yang terpalit terhadap Guan Eng ini bukan serangan peribadi...
tetapi setiap kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin haruslah dibongkar
untuk mendapatkan jawapan sama ada ia benar atau tidak.
Kalau Guan Eng tidak bersalah dalam isu ini, Kak Wan perlu sarankan Guan
Eng supaya bekerjasama dengan pihak SPRM dan PDRM agar siasatan
diadakan... Bukannya ajak minum kopi atau buat rumah terbuka untuk
buktikan diri tak bersalah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment