Wednesday, April 13, 2016
Amboi Bahasanya.... “Biar Mampus Melayu Lagi Baik Bagi Cina Ambil Alih Kerajaan" - 'Bahri SPRM'
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim Mohamed, mahu mengambil tindakan
disiplin terhadap Pengarah Operasi Khas, Bahri Mohamad Zin, atas sebab
pelanggaran etika dan protokol. Tambahan pula, isteri kedua Bahri sedang
menghadapi masalah kewangan dan beliau disyaki berada dalam kedudukan
yang rapuh, yang bererti beliau terdedah.
Bahri dan Abu Kassim hampir bertumbuk hari ini desas desus di ibu
pejabat SPRM mengatakan peperangan terbuka dan pahit telah berlaku.
Bahri telah mengancam untuk mendedahkan Abu Kassim dan pegawai-pegawai
lain di SPRM yang beliau dakwa sebagai perbuatan rasuah dan salah laku.
Bahri memberi amaran, jika mereka mengambil tindakan terhadapnya maka
semua orang akan penjara.
Di antara senarai jenayah tersebut, menurut Bahri, adalah pembunuhan
Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Bahri mendakwa bahawa bukan
sahaja mereka dibunuh tetapi juga terdapat satu cover-up yang mencapai
‘echelons’ tertinggi SPRM.
Mungkin akhirnya rakyat Malaysia akan mengetahui kebenaran mengenai
pembunuhan Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed. Dan jika Bahri
benar-benar buat bising maka ramai lagi Tan Sri, Datuk Seri, Datuk, dan
sebagainya, akan menyertai Anwar Ibrahim di hospital dalam Penjara
Sungai Buloh.
Bahri juga telah berjanji untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional
yang diketuai Umno. “Biar Mampus Melayu. Lagi Baik Bagi Cina Ambil Alih
Kerajaan, “Bahri menjerit yang membuatkan Abu Kassim tercengang.
Bahri disyaki sebagai agen DAP dan hari ini beliau mengesahkan dalam
keceluparan beliau. Bagaimana Bahri mahu menjatuhkan kerajaan Barisan
Nasional yang diketuai Umno tidak begitu jelas tetapi beliau disyaki
akan berbuat demikian dengan ‘membocorkan’ fail-fail tertentu seperti
yang beliau lakukan dengan isu 1MDB dan RM2.6 bilion.
Sama ada apa yang Bahri bercadang untuk ‘bocorkan’ adalah tulen atau
palsu tidak penting kerana isu 1MDB dan RM2.6 bilion telah membuktikan.
Rakyat Malaysia paling mudah tertipu, mereka akan percaya bahawa kulat
pada tingkap gereja adalah gambar Jesus atau bahagian dalam buah-buahan
ada kalimah ‘Allah’. Mereka akan percaya apa sahaja yang ‘bocor’ dari
SPRM adalah asli dan tidak dipalsukan.
Bagaimanapun, jika sekarang Abu Kassim tidak mengambil tindakan
tatatertib terhadap Bahri maka ini bermakna ugutan Bahri telah berjaya.
Dan ia juga bermakna bahawa dakwaan Bahri terhadap bosnya dan
rakan-rakannya dalam SPRM adalah benar.
Jika Abu Kassim tidak berani sentuh Bahri , adakah ini bermakna bahawa
semua pegawai dalam SPRM mengambil rasuah, sepertimana dakwaan Bahri?
Dan adakah ini juga bermakna bahawa Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani
Mohamed telah dibunuh dan ada pegawai tertinggi SPRM menutupnya
sepertimana didakwa oleh Bahri?
Ya, ini satu perkembangan yang paling menarik sekali. Ini adalah apa
yang kita akan panggil “Mexico standoff”. Jika Abu Kassim tidak berbuat
apa-apa maka ini bermakna dakwaan Bahri adalah benar. Jadi adakah Abu
Kassim mengalah dan membuktikan dakwaan Bahri benar atau beliau akan
memanggil Bahri pembohong dan berusaha keras untuk mengalahkan Bahri?
Mari kita lihat apa yang akan berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment