Wednesday, April 13, 2016
Dengarlah Pesanan Mufti..... Haram Hasut Rakyat Menjatuhkan Pemimpin - Mufti Perak
Hukum menghasut rakyat menjatuhkan pemimpin adalah haram di sisi Islam,
selagi pemerintah itu masih berpegang kepada ajaran agama dan tidak
mengajak rakyat melakukan maksiat, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani
Zakaria.
Menurutnya, perbuatan menjatuhkan pemimpin dilarang, sekalipun pemimpin itu zalim dan tidak memenuhi tuntutan serta hak rakyat.
Tambahnya, sekiranya ingin menukar pemimpin, ia perlu dibuat menggunakan saluran demokrasi melalui pilihan raya.
“Adalah haram jika niat ingin menjatuhkan pemimpin, apatah lagi menghasut rakyat secara terbuka. Islam tidak mengajar begitu.
“Kita sanjung pemimpin, kalau pemimpin tidak betul kita tegur, tidak
hebohkan kepada orang lain,” katanya yang dipetik media.
sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menerusi
wawancara bersama media Australia, The Weekend Australian meminta campur
tangan pihak luar dalam usahanya menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak.
Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata, hanya tinggal sedikit harapan Najib akan berundur tanpa tekanan luar.
Mengulas lanjut, Harussani berkata, menjadi kewajipan setiap rakyat
untuk mentaati pemimpin, selagi mereka tidak mengajak rakyat melakukan
maksiat.
“Sekalipun pemerintah yang dipilih itu zalim, tindakan menjatuhkannya
tetap haram dan umat Islam tidak boleh melakukan tindakan sedemikian.
“Sekiranya kita menuntut hak kita, namun tidak diberikan, itu adalah
kesalahan pemimpin itu dengan Allah, setiap dosanya akan dibalas kelak,”
tegasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment