Wednesday, April 13, 2016

Harapkan Pagar... Pagar Makan Padi... Amat Memalukan Sekalilah..

Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara tiga bulan dan denda RM3,000, Selasa, selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan membabitkan suapan rasuah berjumlah RM20,000.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan memerintahkan tertuduh, Kenny Chua Boon Meng, 35, turut dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

"Tertuduh juga diarahkan menjalankan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap, pada 7 April lalu," katanya.

 













Mengikut pertuduhan pilihan, tertuduh yang bertugas di Pejabat SPRM Putrajaya meminta suapan terbabit daripada Muhamad Fazal Sulaiman, 36, dengan memperdayakannya iaitu dengan curang mendorong mangsa menyerahkan kepadanya wang tunai berjumlah RM20,000 supaya tidak mengambil tindakan lanjut terhadap fail tohmahan terhadap mangsa iaitu fail yang tidak wujud, yang dibuka SPRM.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di dalam kereta PROTON Persona di pekarangan luar bangunan Balai Bomba dan Penyelamat, Bandar Baru Bangi, pada jam 12.55 tengah hari, 7 April lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman minimum lima tahun penjara atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Heikal Ismail.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment