Wednesday, April 13, 2016
Pelajar Ini Niat Nak Kenakan Kerajaan..... Siapa Sebenarnya Pelajar Yang Provok Dr Zakir Naik
Tindakan yang tidak bertanggungjawab seorang pelajar yang mengemukakan
soalan berbentuk provokasi terhadap kerajaan kepada seorang penceramah
antarabangsa, Dr Zakir Naik telah mengundang perasaan resah dikalangan
para pensyarah pula.
Semalam, seorang pensyarah UNISZA tampil menjelaskan bahawa bakal doktor
muda tersebut bukan pelajar dari universiti tersebut. Soalan tersebut
dikemukakan oleh pelajar tersebut kepada Dr Zakir semasa beliau
mengadakan ceramah di Stadium Tertutup Gong Badak.
Pensyarah tersebut membuat kenyataan dalam Facebook milik beliau,
Abdullah Ibrahim menekankan bahawa pelajar terbabit bukan dari UniSZa.
Menurut sumber, pelajar tersebut berasal dari Tepoh, Kuala Nerus dan sedang menjalani pengajian medic di UIA kampus Kuantan.
Semasa sesi soal jawab, pelajar itu menanyakan soalan, “Kenapa kerajaan
tidak menghargai pelajar perubatan seperti beliau yang mungkin akan
menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang
tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba.”
Soalan gadis tersebut diberi tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton
(mungkin daripada student juga).
Kemudian Dr Zakir pun tanya pelajar tersebut, “Berapa yuran pengajian
doktor di Malaysia?”. Gadis itu menjawab, “RM3600 setahun”. Dr Zakir
cukup terkejut dengan fakta ini. Menurut beliau, kos pengajian perubatan
di kebanyakan negara mencecah sehingga RM100,000.
Ini bermakna, kerajaan Malaysia telah memberikan subsidi yang amat
banyak kepada pelajar perubatan. Tambahan pula, Malaysia mempunyai
pinjaman tanpa faedah kepada pelajar. Oleh itu, tindakan mengambil
pinjaman yang ada riba tu merupakan langkah yang tidak bijak sama
sekali. Dengan kata lain, itu merupakan tindakan yang salah dari pihak
pelajar itu sendiri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment