Wednesday, April 06, 2016

Bagaimana Kerajaan DAP Tidak Tahu Berlakunya Transaksi Penjualan Saham Tanah Taman Manggis

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2016/01/dap-penang.jpg
PULAU PINANG : Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Rahim mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar memberikan penjelasan  kepada rakyat bagaimana kerajaan negeri boleh terlepas pandang dalam isu penjualan saham tanah yang dipegang oleh KLIDC kepada pihak ketiga sepertimana yang didedahkan oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam.

Tegasnya, Guan Eng dalam satu kenyataan telah menafikan dakwaan Rahman Dahlan bahawa tanah Taman Manggis itu telah dijual oleh pihak ketiga dan kerajaan di bawah pimpinannya tidak mendapat sebarang surat berhubung penjualan tersebut.
Isu Taman Manggis 
“Namun dokumen yang didedahkan oleh pengarah strategi komunikasi BN ini membuktikan bahawa terdapat transaksi penjualan saham yang dipegang oleh KLIDC kepada pihak ketiga tetapi ianya  tidak didedahkan, di mana kesannya penjualan saham itu adalah sama seperti penjualan tanah tersebut.

“Bagaimana kerajaan negeri boleh tidak tahu berhubung urus niaga penjualan saham yang dipegang oleh KLIDC sedangkan urusan perniagaan penjualan saham itu telah berjalan. Ini sesuatu yang mencurigakan dan Guan Eng sebagai Ketua Menteri perlu menjelaskan bagaimana kerajaan negeri boleh terlepas pandang dalam isu ini.

“Kami rakyat di negeri ini meminta agar Guan Eng tidak lagi berdolak dalih dan cuba mengalihkan isu ini dengan menuding jari terhadap pihak lain. Kita minta beliau segera jelaskan kepada rakyat berhubung isu ini kerana ianya melibatkan tanah yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan rakyat untuk membina perumahan rakyat termiskin di situ,” tegasnya kepada media di sini hari ini.

Beliau seterusnya menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera menjalankan siasatan berhubung isu penjualan saham KLIDC sebagai pemilik tanah tersebut kepada pihak ketiga sepertimana yang didakwa oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan.

“Saya difahamkan bahawa segala dokumen itu akan diserahkan kepada pihak SPRM untuk diambil tindakan selanjutnya dan saya amat berharap agar siasatan terhadap kes itu dijalankan dengan kadar segera kerana rakyat di negeri ini mahu tahu perkara yang sebenar dalam isu penjualan tanah di Taman Manggis ini.

“Penjelasan yang diberikan oleh Ketua Menteri berhubung dua isu dakwaan skandal rasuah berhubung pembelian banglo dan juga penjualan isu tanah Taman Manggis ini tidak dapat meyakinkan rakyat di negeri ini.

“Kita lihat kenyataan Guan Eng lebih kepada berdolak dalih dan cuba mengalihkan isu dengan menyalahkan pihak lain, kononnya ia adalah konspirasi BN dan sebagainya dan bukan penjelasan yang dapat meyakinkan rakyat,” jelasnya.

Isu berhubung tanah Taman Manggis dan banglo yang dibeli oleh Lim bermula apabila perkara itu dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya, yang meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Hartanah membuat penilaian ke atas hartanah RM2.8 juta itu kerana mendakwa harga semasa adalah melebihi RM3 juta.

Manakala Pengurus Strategi Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam pula mendedahkan bahawa berlakunya transaksi penjualan saham yang melibatkan tanah Taman Manggis yang dimiliki oleh KLIDC yang tidak dedahkan kepada umum.

Walaupun penjualan tanah di Taman Manggis adalah lebih rendah daripada harga pasaran, Abdul Rahman berkata, tanah itu kemudian dijual semula oleh KLIDC kepada pihak ketiga bagi RM70.6 juta, dengan keuntungan diunjurkan sebanyak RM59 juta, walaupun teras projek belum dibangunkan.

Abdul Rahman turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri telah dimaklumkan mengenai transaksi tersebut dan sama ada transaksi penjualan sahama tersebut telah diberikan kelulusan oleh kerajaan negeri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment