Wednesday, April 06, 2016
Solidariti UMNO Kedah Terus Bersama Najib, Mahu Pemimpin Bersekongkol Dipecat
KUALA LUMPUR : Badan Perhubungan UMNO Kedah hari ini
menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO,
Datuk Seri Najib Tun Razak selain mengutuk sekeras-kerasnya serta kesal
dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup bersekongkol
dengan Dap, PKR dan Amanah yang bertujuan menjatuhkan Datuk Seri Najib.
Solidariti tersebut yang terkandung di dalam deklarasi Badan
Perhubungan UMNO Kedah itu dibacakan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad
Bashah Hanipah di dalam perjumpaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) dan Ahli Parlimen daripada negeri berkenaan dengan Datuk Seri
Najib di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Datuk Tajudin Abdullah berkata
mereka hadir hari ini untuk menunjukkan solidariti kepada Perdana
Menteri selain turut sama menolak deklarasi rakyat yang diketuai oleh
Tun Mahathir yang melanggar tatacara demokrasi berparlimen.
“Malah menerusi deklarasi itu juga, Majlis Tertinggi dipohon agar
mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bersengkongkol serta memecat
sebarang jawatan yang di pegang di dalam kerajaan,” katanya kepada
media di sini.
Dalam pada itu Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol
Abidin yang turut serta pada majlis tersebut turut sependapat dan
menyokong penuh deklarasi Badan Perhubungan UMNO negeri tersebut.
Tegas beliau amat penting hari ini parti perlu bergerak ke depan
tanpa memikirkan lagi pelbagai masalah khususnya mereka yang cuba
menebuk kapal daripada dalam bagi memastikan UMNO dapat melaksanakan
tanggungjawabnya dengan berkesan.
Sehubungan itu katanya Majlis Tertinggi perlu melihat kepada
permasalahn berkenaan selain Jawatankuasa Disiplin parti kerana apa yang
penting adalah untuk melihat parti berjalan lancar.
“Sebagai sayap parti di negeri Kedah, kita melihat sudah tiba masanya
parti mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersekongkol dan
terlibat dalam deklarasi rakyat baru-baru ini kerana kita tidak mahu
masalah tersebut berterusan.
“Malah Pemuda Kedah yakin dengan kepimpinan yang ada hari ini mampu
menyelesaikan segala permasalahan yang timbul itu untuk memastikan parti
terus berjalan lancar. Ambil tindakan tegas terhadap pemimpin UMNO yang
terlibat.
“Sepertimana yang terkandung di dalam deklarasi UMNO Kedah, kita
mengambil pendirian yang sama agar pucuk pimpinan memecat mereka-mereka
yang terlibat ini,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment