
Wednesday, April 06, 2016
“Tidak Ada Masa Nak Layan, Tumpu Kebajikan Rakyat” – MB Terengganu

KUALA TERENGGANU : “Kita tidak ada masa nak layan itu semua,
apa dia nak kata, katalah … yang penting sekarang kita mahu terus maju ke hadapan dan jaga kebajikan rakyat”.
Demikian ditegaskan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika
diminta mengulas kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri Kijal Datuk
Seri Ahmad Said di Kemaman minggu lepas yang mendakwa kini Ahmad Razif
sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatan menteri besar.
Katanya berkata beliau tidak akan mengambil peduli mengenai apa yang
diperkatakan oleh bekas menteri besar itu kerana menganggap isu
berkenaan telah berakhir dan akan memberi perhatian untuk memajukan
Terengganu demi kesejahteraan rakyat.
Ahmad Razif ditemui pemberita selepas Majlis Pelantikan Rasmi Bapa
dan Jabatan Angkat bagi sukan-sukan yang akan menyertai Sukan Malaysia
di Sarawak, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Dalam majlis di Kemaman itu, Ahmad mendakwa beliau telah
menyampaikan mesej kepada Perdana Menter Datuk Seri Najib Tun Razak
untuk menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik
sahaja baginda pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan)
pertukaran menteri besar.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac lalu, Ahmad yang
juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman mengemukakan cadangan usul undi tidak
percaya terhadap menteri besar namun cadangan itu ditolak Yang Dipertua
DUN Datuk Mohd Zubir Embong.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment