Wednesday, April 06, 2016

UMNO Masih Lagi Parti Pilihan Orang Muda – Ketua Puteri Perak

http://wartadaily.com.my/sites/default/files/styles/large/public/field/image/salbiah.jpg?itok=r8vy942S
IPOH : Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Perak, Salbiah Mohamed menolak anggapan kononnya UMNO semakin tenat dan golongan muda menjauhi parti tersebut.

Jelasnya dakwaan tersebut tidak berasas kerana setiap bulan pendaftaran keahlian khususnya Puteri terus mendapat sambutan yang baik.

“Sebagai contoh di Perak… untuk bulan Mac yang lalu kita dapat mendaftarkan keahlian baru lebih 500 orang. Ini baru saja di Perak… bermakna anak muda masih minat dengan UMNO. Maka tuduhan anak muda tidak minat dengan UMNO ternyata salah.
Bendera UMNO 
“Bagi saya mereka sebenarnya khuatir apa yang mereka cuba mainkan dan masuk jarum terhadap anak muda tidak berjaya. Mereka risau bila anak muda terus menyokong UMNO tambahan pula Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sudah semakin hampir,” katanya kepada media.

Justeru itu jelas Salbiah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, beliau akan terus berusaha keras bagi memastikan anak muda terus menerima UMNO.

“Sebagai sayap bongsu yang terlalu muda… baru lebih kurang 14 tahun, saya melihat dalam keadaan sekarang walaupun pelbagai asakan dan kritikan dilemparkan kepada UMNO tetapi respon anak-anak muda masih lagi berminat kepada parti keramat ini.

“Ini adalah satu signal yang amat baik. Oleh itu Puteri akan terus berusaha keras mendekati anak muda bagi memastikan UMNO terus dekat di hati mereka,” katanya lagi.

Tambah beliau, penerimaan anak muda ini mungkin kerana golongan ini semakin sedar bahawa tidak ada parti lain yang boleh diharapkan selain UMNO apatahlagi UMNO bakal genap usia 70 tahun pada 11 Mei ini.

“Usia sebegitu melambangkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang telah terbukti kredibilitinya. Bagi golongan muda pula, mereka masih mengharap dan bergantung harap kepada parti keramat UMNO untuk mentadbir dan memerintah negara ini.

“Inii kerana track record UMNO memang cukup baik dan cemerlang. Mana-mana parti dah sampai umur 70 tahun sudah pasti akan menghadapi halangan dan rintangan untuk pastikan kelangsungan parti itu dapat terus bertahan… pasti akan nada kritikan tetapi apa yang pentignya adalah bagaimana kita untuk menghadapinya rintangan dan kritikan tersebut.

“Walaupun asakan demi asakan diterima tetapi melihatkan kepimpinan kita setakat ini masih teguh bersatu berpadu, maka ini memberi keyakinan kepada rakyat khususnya akar umbi bahawa di negara ini bahawa parti yang benar-benar boleh bergantung harap dan diyakini adalah parti UMNO ini,” tegasnya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment