Isu pembubaran DUN
yang berlegar di kalangan rakyat Terengganu telah menyebabkan ramai yang
gelisah oleh kerana kenyataan Mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk
Seri Ahmad Said yang telah mengaitkan nama Tuanku dalam isu politik
balas dendam beliau.
Menurut sumber, Tengku Sri Paduka Raja,
Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah menyelar tindakan
Ahmad Said kerana melibatkan nama sultan dalam politik dalaman beliau.
Beliau turut menyifatkan apa yang di
lakukan oleh Ahmad Said khususnya dalam usaha menukar Menteri Besar
sedia ada adalah bersifat ‘lone ranger’.
Tengku Ibrahim yang juga merupakan bapa
saudara kepada Tuanku Sultan Mizan meluahkan rasa terkejut dan dukacita
terhadap situasi yang berlaku.
“Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Ahmad Said bahawa rakyat negeri cinta dan kasih kepada negeri Terengganu Darul Iman ini.
Mereka tidak mahu negeri ini menjadi
kucar kacir atas perbuatan seorang ‘lone ranger’ yang cuba melepaskan
dendam kesumat terhadap Menteri Besar yang ada hari ini’ , katanya dalam
satu sidang media.
Mengulas lanjut Tengku Ibrahim menegaskan
pelantikan Ahmad Razif di lakukan oleh Perdana Menteri atas perkenan
Sultan Terengganu.
Tambahan pula, pentadbiran Ahmad Razif
yang hampir masuk usia dua Tahun tiada cacat celanya malah rakyat
menyenangi pentadbiran beliau.
Sebaliknya beliau berkata, pentadbiran semasa zaman Ahmad Said belum tentu benar-benar telus.
Pada himpunan khas kepimpinan akar umbi
UMNO yang di adakan 2 April yang lepas bersama Dato’ Seri Ahmad Razif,
hampir 5000 kepimpinan UMNO telah menyatakan sokongan padu kepada PM dan
MB.
Sebelum ini, Ahmad Razif berikrar untuk
lawan dengan berusaha lebih gigih bagi mencipta lebih banyak kejayaan
dan lebih banyak kebaikan untuk rakyat apabila Ahmad Said mengemukakan
cadangan usul undi tidak percaya terhadap beliau.
“Saya akan lawan! Saya akan lawan dengan berusaha supaya
mencipta lebih banyak kejayaan, lebih banyak kebaikan untuk rakyat!.
“Saya akan lawan dengan berusaha keras supaya Terengganu dihormati kawan
dan lawan. Saya akan lawan dengan berusaha supaya kita dapat hapuskan
sebarang bentuk rasuah dan penyelewangan. Kalau saya mati sekalipun,
saya mati melawan.” , ikrar Ahmad Razif.
Bagi Ahmad Razif, jika kebaikan dibalas
dengan kejahatan maka itu adalah dendam. Namun sekiranya terdapat
kebaikan yang disebut oleh pihak lain ketika beliau menjadi Menteri
Besar, ia sebenarnya adalah kebaikan yang dimulakan oleh Barisan
Naisonal (BN) terdahulu.
Beliau juga tidak menafikan sumbangan
sesiapa, malahan beliau selesaikan apa yang tidak selesai dan tambah
nilai apa yang belum selesai.
Sepatutnya Ahmad Said menerima kenyataan
bahawa beliau bukan lagi Menteri Besar Terengganu dan memberi sokongan
kepada Ahmad Razif untuk memakmurkan negeri tersebut. Tindakan melampau
Ahmad Said hanya akan merugikan dan memalukan beliau sendiri sahaja.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment