Wednesday, April 13, 2016

Cakap Tak Serupa Bikin.... Banglo LGE : Mana Sumpah Lubang Cacing SPRM?

“Demi Allah, saya akan cari dalang ke lubang cacing”, itu lah semangat yang dipamerkan oleh anggota SPRM suatu ketika dahulu, apabila mereka disiasat oleh PDRM atas kebocoran maklumat yang berlaku dalam kes 1MDB.

Di mana semangat itu pada waktu-waktu diperlukan seperti skandal banglo milik SPRM? Persis lagu XPDC, semangat tersebut seolah-olah sirna, ibarat “Semangat Yang Hilang”.

Suratan atau kebetulan, tatkala pada detik skandal banglo LGE menjadi topik panas dan memerlukan tindakan segera, tiba-tiba rakyat dihidangkan dengan kes kehilangan ratusan juta peruntukan di dalam Kementerian Belia dan Sukan oleh SPRM. Ya, memang tidak salah apa yang sedang diusahakan oleh SPRM ke atas KBS, kerana itu amanah yang mereka pikul.

Tetapi, “timing” isu berkenaan dibawa ke pengetahuan umum, memberi gambaran satu lagi; iaitu cubaan untuk mengalihkan skandal banglo LGE. Suratan atau kebetulan?

Sehingga artikel ini ditulis, saya masih belum mendapat khabar berita samada Lim Guan Eng sudah dipanggil untuk memberi kenyataan atau belum. Yang pasti, saksi-saksi sudah dipanggil untuk memberi keterangan, bersama dengan bukti-bukti yang telah diterima.

Rakyat semakin muak, apabila Lim Guan Eng masih terus dibiarkan bermain “wayang”.

Berbicara soal saksi-saksi, ingin juga saya mengingatkan SPRM agar segera memastikan kawasan dan bangunan pejabat mereka bebas dari kemungkinan-kemungkinan yang boleh menyebabkan SPRM dituduh sebagai pembunuh.

Jangan lupa siasat kes banglo LGE sampai ke lubang cacing. Setakat ini, diperhalusi bukti-bukti yang berlegar di media sosial, umpama sudah terang lagi bersuluh. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment