
Wednesday, April 13, 2016
Dakwaan Najib Bayar RM 24 juta Kepada Solar Shine Sdn Bhd, Malaysiakini Pura-Pura Lupa
Pelbagai pertanyaan dan bahan sensasi timbul
berikutan pendedahan apa yang didakwa sebagai perbelanjaan Perdana
Menteri dari akaun peribadi beliau.
Sebenarnya, tidak penting untuk apakah wang ini dibelanjakan kerana
ia merupakan akaun dana politik bukannya akaun wang kerajaan yang
tertakluk kepada prosedur kewangan.
Wang dalam akaun peribadi Mohd Najib Tun Razak merupakan dana politik
yang diakui wujud oleh Najib selaku Presiden UMNO, Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung UMNO dan Bendahari UMNO,
Datuk Seri Husni Hanadzlah.
Malah Timbalan Presiden UMNO yang digantung tugas, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, juga pernah menegaskan tahun lalu bahawa adalah biasa Presiden
mencari dana politik.
Apa yang berlaku sekarang ialah media massa seperti Malaysiakini cuba
mensensasikan pembayaran-pembayaran ini sebagai perbelanjaan mewah
keluarga Perdana Menteri. Ini merupakan rancangan politik jahat,
bukannya laporan yang berasaskan kebenaran.
Sebelum ini kami telah mendedahkan bagaimana perbelanjaan berpuluh juta kepada Jakel selama empat tahun merupakan perbelanjaan sumbangan kebajikan, bukannya pembelian barang mewah seperti yang cuba digambarkan.
Hari ini Malaysiakini menimbulkan pula isu pembayaran yang dituduh bernilai RM 44 juta kepada Solar Shine Sdn Bhd sebagai satu meisteri dan tidak dipastikan untuk apa perbelanjaan tersebut.
Tujuan mereka hanya untuk memburukkan Mohd Najib Razak sahaja. Mereka
tahu tiada isu perundangan dalam kes ini kerana perbelanjaan ini bukan
dari akaun yang disatukan atau wang kerajaan.


Niat jahat itu terserlah apabola laporan Four Corners
(yang merupakan sumber Malaysiakini) menyebut Solar Shine Sdn Bhd
menerima pembayaran sebanyak RM 24 juta sahaja bukannya beratus juta.
Lebih jelas apabila yang didakwa misteri oleh Malaysiakini bukanlah
misteri sebenarnya. Pada 17 Februari 2011, Malaysiakini sendiri pernah melaporkan mengenai syarikat ini yang menjadi pembekal barangan cenderahati (goodies) kepada program 1 Malaysia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment