Wednesday, April 13, 2016

Najib Puas Hati Penambahbaikan Di Asrama Darul Falah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berpuas hati dengan penambahbaikan dilakukan terhadap Asrama Darul Falah (ASDAF) di Bukit Persekutuan, yang menempatkan 42 anak Orang Asli terdiri daripada anak yatim atau kurang berkemampuan.

Najib yang pertama kali melawat asrama itu pada 10 Mac lepas, ternyata sangat berpuas hati dengan tindakan dan inisiatif diambil pelbagai pihak bagi mentransformasikan asrama berkenaan, yang sebelum ini dalam keadaan daif kepada tempat tinggal lebih selesa untuk didiami.

“Semasa lawatan pertama saya ke sini, saya melihat ia agak daif dengan banyak kekurangan dan kepincangan yang perlu dinaik taraf terhadap asrama ini.
KUALA LUMPUR, 12 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan murid-murid penghuni Asrama Darul Falah (ASDAF) yang menempatkan 42 kanak-kanak Orang Asli di Bukit Persekutuan hari ini. Turut kelihatan Pengetua ASDAF Ustaz Zulyadain Mohd Radzi (tengah). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 12 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan murid-murid penghuni Asrama Darul Falah (ASDAF) yang menempatkan 42 kanak-kanak Orang Asli di Bukit Persekutuan hari ini.
Turut kelihatan Pengetua ASDAF Ustaz Zulyadain Mohd Radzi (tengah).
“Kemudian, saya meminta pihak-pihak tertentu seperti iM4U bersama GiatMara dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Wilayah Persekutuan untuk melihat perkara ini, selain pihak lain yang sudi beri bantuan dan sumbangan,” katanya dalam ucapan ringkas semasa lawatan ke asrama itu, di sini Selasa.

Perdana Menteri berkata sumbangan pihak-pihak terbabit termasuk dari syarikat swasta, Courts Malaysia yang menyumbang kelengkapan perabot untuk ASDAF, secara kolektifnya memberi nafas baru kepada asrama berkenaan.

Najib berkata ia sekali gus menggambarkan keprihatinan bersama dalam memastikan anak-anak Orang Asli yang mendiami asrama itu tinggal dalam keadaan selesa dan dapat menumpukan kepada pelajaran mereka.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada sukarelawan iM4U, GiatMara, ICU Wilayah Persekutuan serta Courts Malaysia yang telah bersama-sama membantu dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengetua ASDAF Zulyadain Mohd Razi melahirkan penghargaan kepada perdana menteri kerana hasil campur tangannya telah membawa perubahan besar terhadap asrama itu.
KUALA LUMPUR, 12 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin tangan seorang penghuni Asrama Darul Falah (ASDAF) ketika mengadakan lawatan susulan ke ASDAF yang menempatkan 42 anak orang asli di Bukit Persekutuan hari ini.    Turut kelihatan Pengetua ASDAF, Ustaz Zulyadain Mohd Radzi (tengah). --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 12 April — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin tangan seorang penghuni Asrama Darul Falah (ASDAF) ketika mengadakan lawatan susulan ke ASDAF yang menempatkan 42 anak orang asli di Bukit Persekutuan hari ini.
Turut kelihatan Pengetua ASDAF, Ustaz Zulyadain Mohd Radzi (tengah).
“Segala hajat saya yang disampaikan kepada perdana menteri semasa lawatan pertamanya dulu kini dipenuhi di mana kalau dulu ada pelajar yang tidak mempunyai katil untuk tidur, tetapi kini semuanya ada,” katanya selepas lawatan Najib itu.

ASDAF ditubuhkan pada 1995 dengan dikendalikan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) bagi tujuan menyediakan tempat tinggal kepada anak-anak masyarakat Orang Asli yang kurang berkemampuan atau anak yatim untuk bersekolah di bandar.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment