Wednesday, April 06, 2016

Deklarasi Kedah : Usah Hairan Jika Kedah Muafakat Desak Mukhriz Dipecat

EDITOR MENULIS...
6 APRIL 2016
mm kit siang
Saya sedikit pun tidak hairan dengan Deklarasi UMNO Kedah yang mendesak kepimpinan UMNO supaya memecat Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dari parti.

Deklarasi itu bukan sekadar deklarasi biasa, tapi ia ditandatangani oleh semua Adun-Adun yang pernah berkhidmat di bawah Mukhriz dulu. Ia juga membabitkan tandatangan dari 14 Ketua Bahagian dan sayap-sayap UMNO Kedah, Ketua Pemuda dan Puteri Negeri.

Ia bermaksud, seluruh kepimpinan UMNO Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah sebulat suara mahu Mukhriz disingkirkan dari parti. Sudah tentu seorang Ketua UMNO Bahagian yang tidak tandatangan deklarasi itu adalah Mukhriz yang mengetuai UMNO Bahagian Jerlun.

Tapi, jangan fikir kepimpinan UMNO Bahagian Jerlun sokong Mukhriz. Saya difahamkan bahawa Timbalan Ketua, Naib Ketua dan majoriti AJK serta sayap-sayap UMNO Bahagian Jerlun memang menolak kepimpinan Mukhriz. Mengapa? Cuba melawat Jerlun atau Air Hitam, maka akan tahulah jawapannya…

Adalah amat memeritkan bila Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang dihina Mukhriz sebagai ‘lena’ dan dilemparkan persepsi negatif padanya itu berjaya menyatukan hati seluruh kepimpinan UMNO Negeri Kedah untuk menolak ‘pengkhianat’ parti.

Bukan mereka tidak tahu taktik dan onar yang Mukhriz lakukan sebelum lepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Adalah menjadi satu kesilapan besar mengamalkan ‘baling batu sembunyi tangan’ di Kedah kerana budaya politik di sana memang halus untuk Mukhriz fahami…

Ketika UMNO Kedah tahu Mukhriz akan dilantik sebagai Menteri Besar dulu, atas kebijaksanaan Ahmad Bashahlah yang menyebabkan mereka sebulat suara menerima Mukhriz sebagai Menteri Besar. Jika tidak kerana beliau, awal-awal lagi Mukhriz akan disanggah.

Pada awal pemerintahan Mukhriz di Kedah, memang UMNO Negeri dan Adun-Adun semua memberi harapan tinggi padanya. Maklumlah, bapanya Mahathir Mohamad. Jika tidak ada KLCC pun, dapat ASCC pun jadilah.

Tapi malang, Litar 1Kedah yang dianggar bernilai kurang RM5 juta pun gagal dibina? Lebih baik lagi Arwah Tan Sri Azizan Razak, sekurang-kurangnya ada juga Alor Setar Mall dan Kampus KUIN di Kuala Ketil. Cuba tengok jalan raya di Sungai Limau dan cuba bandingkan dengan Ayer Hitam.
litar 1kedah2
Lebih malang lagi, Mukhriz dikatakan lebih sibuk mempopularkan diri berbanding menjenamakan UMNO di Kedah. Khabarnya jika boleh, lambang UMNO pun beliau tidak mahu sematkan di pakaian ketika masuk bertemu rakyat di kampung-kampung.

Mukhriz dikatakan selalu cari populariti di kalangan penyokong bola sepak dan pondok-pondok di Kedah. Khabarnya beliau hulur duit bantuan. Tapi pada PRK Sungai Limau, peti undi di Bukit Besar yang banyak pondok agama itu BN kalah besar? Malah beliau juga dikatakan gagal menarik penyokong bola sepak Kedah untuk menyertai dan memperjuangkan UMNO?

Apa gunanya popular seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Mat Sabu jika membelakangkan kepentingan parti dan pucuk pimpinan? Di Facebook mungkin boleh capai lebih 100,000 like, tapi berapa ramai dari 100,000 itu yang akan undi BN? Jumlah 100,000 itu pun banyaknya bukan orang Kedah pun, dari pembangkang pun ramai…

Lain yang diharapkan seluruh pejuang parti di Kedah, lain pula yang Mukhriz buat. 

Diharapkan bangunkan negeri, tapi Mukhriz lebih memilih untuk berselfie di kedai kopi. Jika tidak selfie, medianya pula tolong rakam ‘aksi mesra’ untuk dimuat naik di media sosial. Macam ‘pelancong’ pula lagaknya? Minum kopi pun bawa media? Ahmad Bashah pun tak pernah buat begitu, itu satu kebiasaan baginya…

Banyak maklumat tentang KPI Mukhriz di Kedah yang saya perolehi dari sahabat-sahabat saya di sana. Sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan penyokong tegar UMNO, saya agak risau juga jika Kedah kembali dirampas PAS pada PRU 14 gara-gara kelekaan Mukhriz mempopularkan diri.

Tapi apapun, biarlah Ahmad Bashah uruskan Kedah sebaik-baiknya. Walau pendidikannya tidak setinggi Mukhriz, beliaulah yang bertanggungjawab merampas Kedah kembali dari PAS. Jika nak harapkan Mukhriz, empat bulan sebelum ‘menuai’ undi baru dia turun bendang….

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment