
Wednesday, April 13, 2016
Dr. Zakir Berterima Kasih Kepada Kerajaan

Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik mengucapkan
terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kebenaran kepada beliau
menyampaikan ceramah di Melaka Ahad ini.
Beliau menyatakan rasa syukur walaupun tajuk ceramah ditukar dan
menganggap ia cabaran biasa sebagai pendakwah. Pada awalnya beliau
dijadual menyampaikan ceramah bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan
Islam’ kemudian ditukar kepada ‘Islam-Problems and Solutions To
Humanity’.
“Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah kehadiran di
Melaka akan bertambah,” katanya selepas menyampaikan ceramah bertajuk
‘Does God Exist?’ (Adakah Allah Wujud?) di Sekolah Menengah Imtiaz Besut
malam tadi.
Dr Zakir ditanya mengenai arahan pembatalan ceramah di Melaka sebelum
ini selepas mendapat bantahan Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu
(Hindraf), tetapi kemudian dibenarkan oleh Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam
walaupun kecil, saya bersyukur kepada Allah dan berdoa semoga Allah
memberkati usaha dakwah saya ini,” katanya.
Ceramah pada malam tadi dihadiri kira-kira 30,000 orang dan turut
hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta
Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Anggota Parlimen Besut Datuk Seri
Idris.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment