Wednesday, April 13, 2016

PRN Sarawak : 7 Lagi Calon BN Diumumkan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhb_2ypIvxS30JLEYEPK897PheQKMcv6fqudna7__K5gXxmQ9Fvxq3kNV1eqzBzTddeCYQshFEfUHfLetgfz5phyoUZ3U_MpB1T0ADhd5yLVDrYAiNQs12k8REYmBQiFVbGlt9p8eWtFBo/s640/calon+bn+prn+sarawak.jpg
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan tujuh lagi calon hari ini terdiri daripada enam calon langsung BN dan seorang daripada parti komponen, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Adenan Satem ceria ketika mengumumkan tujuh calon BN yang akan bertanding dalam PRN-11 di Kuching, semalam.

Pengumuman tersebut menjadikan jumlah keseluruhan yang telah diumumkan setakat ini sebanyak 74 calon BN yang akan bertanding pada pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau akan muktamadkan kesemua 82 calon BN yang akan bertanding pada PRN-11 nanti sebelum hari penamaan calon.

Jelasnya, masih ada beberapa kerusi lagi belum diputuskan dan ia akan diumumkan sedikit masa lagi.

“Enam calon langsung BN ialah Datuk Seri Wong Soon Koh yang akan bertanding di Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Bawang Assan; Ranum Mina di DUN Opar; Datuk Dr. Jerip Susil di DUN Mambong; Dr. Johnicol Rayong di DUN Engkelili; Datuk Tiong Thai King DUN Dudong dan Datuk Hii King Chiong di DUN Pujut. Kesemua mereka daripada Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang sudah meletakkan jawatan dalam parti itu.

“Selain itu, saya turut mengumumkan seorang calon BN daripada SUPP iaitu Datuk Pau Chiong Ung yang akan bertanding di DUN Tanjong Batu,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

Mengulas mengenai calon langsung BN, Adenan memberi­tahu, mengikut perundangan BN, mana-mana calon daripada parti bukan komponen BN perlu meletakkan jawatan daripada parti mereka bagi membolehkan bertanding mewakili BN pada PRN-11 nanti.

“Selain wajib menandatangani sumpah untuk setia kepada BN, calon terus BN juga perlu memilih mana-mana parti komponen BN untuk disertai selepas PRN-11,” ujarnya.

Esok, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian selepas mereka mengadakan mesyua­rat khas yang dipengerusikan Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah di Hotel Merdeka Palace.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment